Imam tarawih terkejut terima surat ‘pinangan’ berselit wang kertas RM50 dalam raga motor

pinangan e1650681664180

Imam tarawih terkejut terima surat ‘pinangan’ berselit wang kertas RM50 dalam raga motor.

Seorang imam, Hakim Arrazali berkongsi kisah di mana dia telah menerima sepucuk surat ‘pinangan’ dari seseorang selepas selesai mengimamkan solat tarawih.

Surat yang lengkap di dalam sampul tersebut diletakkan di dalam raga motornya.

Walaubagaimanapun, dia mengakui terkejut apabila menerima surat seperti itu tanpa disangka-sangkanya.

Imam tarawih terkejut terima surat ‘pinangan’ berselit wang kertas RM50 dalam raga motor

Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Hakim menanyakan kepada imam-imam lain tentang sekiranya mereka juga pernah menerima surat seperti ini.

“Nak tanya, imam-imam tarawih pernah dapat macam ini tak,” katanya.

Lebih menarik perhatian ramai adalah mengenai isi surat tersebut dan diselitkan juga wang kertas RM50 di dalam sampul berkenaan.

“Assalamualaikum ya akhi (abang), saya masih mencari bakal imam, jika akhi sudi,” tulis surat tersebut.

Pengirim itu juga turut meninggalkan nombor telefon agar mudah untuk dihubungi kelak.

Namun, di ruangan komen videonya, Hakim menegaskan untuk tidak sewenang-wenangnya mainkan atau menerima perasaan seseorang sekiranya belum bersedia untuk berkahwin.

“Kalau ada yang dapat macam ini, gunalah cara yang halal (menikah), jangan sesekali guna cara haram (bercinta),” pesannya.

Dalam pada itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya terhibur dengan kisah yang dikongsikan.

“Suara imam sedap sangat masa baca surah waktu solat tarawih, sebab itu ada yang jatuh hati nak kenal,” komen seorang pengguna.

“Imam muda, kacak macam ini aku pun cair,” seloroh pengguna lain.

@hakim_arrazali Jaga Hati Jaga Iman Ya😁,Allah dah tetapkan semua☺️ #hakimarrazali ♬ original sound – Hakim Arrazali

Baca lagi:

Penyanyi lagu ‘Barisan Kita’ meninggal dunia

Pencuri ayam hayun parang ditembak mati ketua kampung

Kemalangan di lebuhraya PLUS, 13 cedera babitkan lima kenderaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *