Tular Video askar Ukraine “diselamatkan oleh” telefon pintar Samsung Galaxy S20

Tular Video askar Ukraine “diselamatkan oleh” telefon pintar Samsung Galaxy S20

Tular Video askar Ukraine “diselamatkan oleh” telefon pintar Samsung Galaxy S20.

Nyawa seorang askar Ukraine diselamatkan oleh sarung telefon pintarnya selepas dia ditembak semasa berperang dengan tentera Russia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sebuah akaun di laman Twitter bernama @OSINTtechnical memuat sebuah klip video memaparkan seorang askar Ukraine menunjukkan bagaimana telefon pintar jenama Samsung jenis S20 Ultra miliknya tertusuk peluru.

Menerusi video tersebut, askar itu dilihat berbaring di dalam parit dan mengeluarkan telefon pintar dari poketnya lalu memusingkannya untuk ditunjukkan pada lensa kamera.

Sebutir peluru kelihatan tertusuk pada belakang telefon sekali gus mengelakkan askar itu daripada cedera.

Sarung telefon tersebut dikenal pasti jenis S-View Flip iaitu sarung telefon rasmi Samsung yang boleh dibeli di laman web Amazon pada harga £22 (RM123.42).

Bagaimanapun, dia mungkin perlu membeli telefon pintar baharu kerana peranti yang menyelamatkannya itu tidak lagi berfungsi.

Baca lagi:

Akhir zaman air Tasik Tabari akan kering diminum Yakjuj Makjuj? Ini jawapan Mufti

“Siapalah yang pedajal kucing aku ni?”..

Mawar Karim dedah hatinya sudah dimiliki oleh orang utara, rancang nikah tahun ini

CATEGORIES