Penyanyi lagu ‘Barisan Kita’ meninggal dunia

Penyanyi lagu ‘Barisan Kita’ meninggal dunia

Penyanyi lagu ‘Barisan Kita’ meninggal dunia.

Bekas pengulas sukan RTM, Jamaludin Alias menghembuskan nafas terakhirnya akibat sakit tua, jam 5 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham yang juga penyanyi lagu patriotik, Perajurit Tanah Air disahkan anaknya dikenali sebagai Fazli, lapor Berita Harian.

“Arwah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun. Jenazahnya disolatkan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan,” katanya.

Penyanyi lagu 'Barisan Kita' meninggal dunia

Allahyarham dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 16 Februari 1937. Beliau mula bertugas di RTM antara 1962 hingga 1992.

Arwah pernah menyertai dan menjuarai Bintang Radio 1961 dan menerima hadiah disampaikan Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

Lagu Perajurit Tanah Air atau lebih popular dipanggil Barisan Kita kerap dinyanyikan untuk penyokong pasukan negara di stadium terutama dalam perlawanan bola sepak, badminton dan hoki.

Lagu ciptaan Allahyarham Saifoel Bahari Elyas itu juga dimainkan menjelang Hari Kebangsaan dan apabila atlit negara bertanding dalam temasya sukan antarabangsa.

Ketika menjadi pengulas sukan, arwah seangkatan dengan Datuk Rahim Razali, Allahyarham Datuk Hasbullah Awang, Dzulkarnain Hassan dan Datuk Aziz Ibrahim.

Individu yang mula mengesan bakatnya dalam kerjaya pengulas sukan ialah Allahyarham Amran Hamid.

Ketika hayatnya, arwah pernah bertugas di Sukan SEA Jakarta 1979, Sukan SEA Manila (1991), Sukan Asia Jakarta (1962) dan New Delhi (1982) dan Sukan Olimpik Barcelona (1992).

Selain itu, beliau pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.

Baca lagi: 

Lelaki ini dedah rupanya Bella bukan yang pertama, adik Adam meninggal dunia dirumah bonda bawah jagaan Siti Bainun

Pencuri ayam hayun parang ditembak mati ketua kampung

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

CATEGORIES