Ibu, anak dan cucu maut nahas tiga kenderaan

Ibu, anak dan cucu maut nahas tiga kenderaan

Ibu, anak dan cucu maut nahas tiga kenderaan.

Tiga beranak dilaporkan maut termasuk ibu, anak serta cucu dalam satu nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat, Tangkak, Johor semalam, lapor Kosmo!.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.19 petang, pihak bomba menerima laporan kecemasan mengenai kejadian tersebut, kata Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II (PBK) K Kumar.

Tambahnya, seramai 15 anggota bomba, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS dari BBP Tangkak dan BBP Segamat dikerahkan ke lokasi kejadian, lapor Kosmo!.

Ibu, anak dan cucu maut nahas tiga kenderaan

“Kemalangan membabitkan dua Perodua Myvi dan sebuah kenderaan utilliti sukan (SUV) Mazda CX5 serta seramai enam orang mangsa.

“Terdapat empat mangsa dalam Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan dengan dua daripada mangsa (iaitu) ibu, 71, dan anak mangsa, 36, tersepit di tempat duduk,” jelasnya dalam kenyataan hari ini, lapor Kosmo!.

Kejadian itu menyaksikan pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan dua mangsa terbabit, namun mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, maklum Kumar.

“Kedua-duanya mempunyai pertalian darah ibu dan anak serta telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya menerusi Kosmo!.

Dua lagi mangsa dalam kenderaan tersebut, iaitu suami, 34, dan anak/cucu mangsa, 2, yang turut sama cedera dihantar ke Hospital Tangkak.

Manakala pemandu kereta jenis Perodua Myvi, 26, dengan nombor pendaftaran Johor dan pemandu Mazda CX5, 26, pula dilaporkan terselamat, jelas Kumar lagi.

Dalam pada itu, hasil siasatan awal mendapati dua kenderaan dari arah bertentangan difahamkan merempuh kenderaan mangsa (Myvi) yang berwarna gelap, menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun yang parah telah dibawa ke Hospital Daerah Tangkak (HDT) untuk rawatan lanjut.

“Malangnya mangsa meninggal dunia pada pukul 5 petang semalam yang merupakan anak dan cucu kepada mangsa maut di tempat kejadian.

“Siasatan masih diteruskan dan keterangan mangsa lainnya sedang dikemaskini. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelas Mohd Fadhil menerusi Kosmo!.

Baca Lagi:

Misteri masjid berusia 120 tahun muncul semula selepas tiga dekad tenggelam

Dafi anak PM pelik ditawar jadi askar

Bekas Ketua Cawangan Pas meninggal dunia ketika tunai solat Maghrib di masjid

CATEGORIES