Hidup merempat bersama anak, wanita akhirnya berjaya tamatkan pengajian demi ubah nasib keluarga selepas bercerai

Hidup merempat bersama anak, wanita akhirnya berjaya tamatkan pengajian demi ubah nasib keluarga selepas bercerai

Hidup merempat bersama anak, wanita akhirnya berjaya tamatkan pengajian demi ubah nasib keluarga selepas bercerai. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Namun, ada juga pasangan yang kurang bernasib baik terpaksa mengakhiri hubungan dengan penceraian demi kebaikan masing-masing.
Terbaharu, seorang wanita turut membuat luahan di media sosial tentang kesusahan hidupnya selepas bercerai.

Hidup merempat bersama anak, wanita akhirnya berjaya tamatkan pengajian demi ubah nasib keluarga selepas bercerai

Dakwa wanita itu, dia dan anak-anaknya terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan gaji bulanannya sebanyak RM600 sahaja.

“Baru-baru bercerai, kena halau dari rumah. Sakit kena buang kerja, dapat kerja jual tikes bas. Gaji bersih RM600.
“Kerja bus sentral, tumpang surau untuk tidur dengan anak-anak sebulan lebih. Masa tu pakcik jaga tandas bagi nasi bungkus kat anak-anak bila tengah kerja,” imbasnya.

Enggan membiarkan dirinya serta anak-anak hidup dalam keadaan melarat, wanita itu berkata dia sanggup menyambung pengajian demi masa depan yang lebih baik.

Meskipun berdepan situasi getir, dia berkata pengorbanan itu akhirnya terbalas dan dugaan berat itu juga telah berlalu dari hidupnya.

“Saya sambung ambil sijil safety (keselamatan) guna Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Bila pergi kelas, bawa anak-anak naik bas.
“Masa belajar dalam kelas, anak-anak duduk kat tangga diam-diam baca buku. Orang lalu-lalang bagi air kotak seorang satu.
“Bila anak lapar, beli nasi kosong dua, ayam seketul kongsi empat. Everyhting eventually passed. Alhamdulillah,” ceritanya lagi.

Tangkap layar perkongsian wanita itu dimuat naik ke laman X oleh @AbudiAlsagoff pada Jumaat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa bangga dan kagum dengan kecekalan wanita itu dalam membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi.

Pada masa sama, ramai netizen turut menyelar bekas suaminya yang tergamak membiarkan anak-anak hidup dalam keadaan daif.

“Dalam fikiran aku, semoga laknat dan terkutuklah hidup jantan tu membiarkan anak-anak hidup dalam keadaan macam tu.

“Saya fikir yang betapa kuatnya orang perempuan ni sebenarnya, fizikal nampak lemah tapi mental tu kuat tabah nak sara anak-anak.

“Anak-anak yang ada experience susah macam ni. Tengok mak struggle, confirm dah besar berjaya gila-gila punya,” tulis netizen.

Baca Lagi:
Bekas pemain bola sepak Azmeer Yusof kongsi idea boleh jana pendapatan RM2,500 sebulan bagi yang nak bersara awal tapi tak cukup duit
Negara kecil je, tapi tersenarai dalam 7 keluarga diraja yang paling kaya di dunia
Menteri Dalam Negeri dipecat selepas lantang bersuara isu Palestin
CATEGORIES