Heboh ‘Kim Jong-Un’ pemimpin Korea Utara menyanyi lagu dangdut

Heboh ‘Kim Jong-Un’ pemimpin Korea Utara menyanyi lagu dangdut

Heboh ‘Kim Jong-Un’ pemimpin Korea Utara menyanyi lagu dangdut.

Sebuah video tular yang menunjukkan seorang lelaki mirip pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyanyikan lagu dangdut di dalam satu majlis perkahwinan menjadi bualan pengguna media sosial.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat memakai pakaian hampir serupa dengan penampilan Jong-un iaitu jaket dan seluar berwarna hitam, selain gaya rambut juga sama.

Video itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali Mustika.

Heboh ‘Kim Jong-Un’ pemimpin Korea Utara menyanyi lagu dangdut

Menurutnya, video tersebut dirakam ketika majlis perkahwinan jirannya pada 8 Mei lalu di Kota Lubuklinggau, Sumatera Selatan.

Pada awalnya, dia tidak perasan lelaki itu mirip dengan pemimpin Korea Utara sehinggalah diberitahu oleh adiknya.

“Selepas makan, saya diberitahu oleh adik bahawa lelaki yang menyanyi lagu dangdut di atas pentas itu kelihatan serupa dengan Jong-un.

“Disebabkan itu, saya segera merakam video persembahannya dan berkongsi dalam TikTok.

“Kebanyakan pengguna media sosial mengakui wajah lelaki itu mirip Jong-un dan video saya mula tular,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Jelas Mustika, video tersebut sudah ditonton lebih 3.8 juta pengguna TikTok dan mendapat tanda Like kira-kira 551,000, selain memperoleh 30,200 komen.

Dalam pada itu, lelaki tersebut dikenali sebagai Wakacung Tanaraya dan memaklumkan ramai yang menyamakan dia dengan Jong-un.

“Saya sering dipanggil Jong-un oleh rakan-rakan dan sejak itu, saya mula meniru gaya pemimpin tersebut sehingga gaya rambutnya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Baca lagi:

Duit kertas reput, hancur, lebur RM1k, wanita ini kongsi pengalaman beliau

Zahid Hamidi akui pindah dana lebih RM17 juta

[VIDEO] Taktik pasangan warga asing scam orang di Genting Highlands, ternyata ramai yang dah terkena

CATEGORIES
TAGS