Hari jadi bertukar tragedi, 4 beranak maut kemalangan

Hari jadi bertukar tragedi, 4 beranak maut kemalangan

Hari jadi bertukar tragedi, 4 beranak maut kemalangan. Perjalanan enam sekeluarga ke Langkawi bagi meraikan hari jadi berakhir tragedi apabila empat daripada mereka terbunuh selepas kenderaan jenis MPV yang mereka naiki merempuh sebuah pacuan empat roda di sini pagi tadi.

Tragedi berlaku di Simpang Tiga Jalan Kolam, Machap kira kira 7.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitenden Arshad Abu siasatan mendapati MPV Toyota Estima dipandu Muhammad Izwan Ibrahim, 30 yang juga seorang peniaga datang dari arah Selandar ke Alor Gajah gagal mengelak sebuah pacuan empat roda yang sedang keluar simpang untuk membelok ke kanan.

Akibatnya, MPV melanggar bahagian kiri hadapan pacuan empat roda terbabit.

Hari jadi bertukar tragedi, 4 beranak maut kemalangan

Rempuhan menyebabkan bapa kepada Muhammad Izwan, Ibrahim Daud, 71, maut di tempat kejadian.

Manakala, isteri Ibrahim iaitu Latipah Dorahim, 66 dan isteri Muhammad Izwan, Syazana Tharin, 30 serta anak mereka Yusuf Daniel, 5 meninggal dunia di Hospital Alor Gajah.

“MPV dibawa Muhammad Izwan Ibrahim, 30, iaitu anak kepada pasangan warga emas berkenaan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter.
“Bagaimanapun mereka telah melanggar juga Land Cruiser itu di bahagian kiri hadapan menyebabkan mangsa lelaki warga emas meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Ketika nahas, Muhammad Izwan dan keluarga dalam perjalanan ke Langkawi untuk menyambut hari jadi bapanya yang tarikh kelahirannya hari ini.

Seorang lagi anak mangsa, Aniq Fahim cedera di kepala .

“Pemandu Muhammad Izwan tidak mengalami kecederaan, namun seorang lagi anaknya Aniq Fahim yang umurnya belum diketahui kini di zon merah’ kata Supt. Arshad.

“Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah disiasat, manakala pemandu Land Cruiser berusia 59 tahun telah ditahan pada pukul 11 pagi tadi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah,” katanya.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Baca Lagi:
Wanita ‘kantoi’ guna kad ATM milik lelaki tertinggal atas meja kaunter, selamba je guna buat beli burger
Anak mula selesa, Shuib akui Watie ada ciri-ciri yang sesuai
Makcik cleaner dapat hadiah seutas gelang emas dari pekerja syarikat selepas diberhentikan
CATEGORIES