Wanita ‘kantoi’ guna kad ATM milik lelaki tertinggal atas meja kaunter, selamba je guna buat beli burger

Photo of author

By Joe

Wanita ‘kantoi’ guna kad ATM milik lelaki tertinggal atas meja kaunter, selamba je guna buat beli burger. Seorang wanita ‘kantoi’ menggunakan kad ATM milik seorang lelaki dipercayai tertinggal kad berkenaan atas menu di sebuah kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Menurut lelaki berkenaan, sebelum kejadian, wanita bertudung biru itu beratur di belakangnya bersama seorang lelaki yang sedang mendukung bayi.

“Semalam saya makan di WoodFire di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan Johor Darul Takzim dan Persis Solo.
“Saya memakai baju putih dan kad debit tertinggal di atas menu.
“Pencuri (wanita bertudung biru) selamba menggunakan kad debit saya yang tertinggal untuk beli burger,” katanya di laman Twitter.

Wanita ‘kantoi’ guna kad ATM milik lelaki tertinggal atas meja kaunter, selamba je guna buat beli burger

Difahamkan, kad yang dicuri oleh wanita itu turut digunakan untuk pembelian yang lain sebelum dia sempat menyekat kad debit tersebut.

Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai menghubunginya jika mengenali pencuri wanita dan lelaki yang bersamanya.

@rancakberdosa55 Semalam saya makan di Woodfires di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan JDT & Persis Solo. Sy baju putih. Debit card tertinggal atas menu #fypシ゚viral #jujur ♬ original sound – Zamana Slim

Baca Lagi:
Anak mula selesa, Shuib akui Watie ada ciri-ciri yang sesuai
Padu suara abang guard ni cover lagu ‘menentang perjodohan’, sebijik macam penyanyi asal
Kerana cemburu, lelaki tembak kemaluan suami bekas isteri sampai cedera parah