Harga gula wajar dinaikkan susulan peningkatan kos

Harga gula wajar dinaikkan susulan peningkatan kos

Harga gula wajar dinaikkan susulan peningkatan kos.

Terdapat keperluan untuk kerajaan membuat semakan semula harga gula sejajar dengan tekanan kenaikan kos ketika ini, kata pengeluar gula utama tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Bhd, Syed Feizal Syed Mohammad, berkata adalah wajar untuk kerajaan meneliti semula harga gula selepas harga komoditi itu naik satu sen sekilogram dalam tempoh 11 tahun lalu.

Beliau berkata, kos pengeluaran telah meningkat lebih 30 peratus ketika ini berikutan kenaikan harga gas, fret dan pergerakan tukaran asing.Katanya, pihak industri sentiasa mengadakan dialog dengan kerajaan memgenai perkara itu dan kerajaan memahami keadaan yang dihadapi industri.

Harga gula wajar dinaikkan susulan peningkaran kos

“Sejak 2011, kenaikan harga gula hanya satu sen sekilogram dalam tempoh 11 tahun. Memandangkan tekanan kos sekarang ini mungkin wajar kerajaan meneliti balik harga gula.

“Jaminan kami adalah untuk rakyat dan negara, tapi pada masa sama kami perlu untung juga,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2022 MSM di sini hari ini.

Mengulas masa sesuai untuk kenaikan harga gula, Syed Feizal berkata, kenaikan harga gula adalah untuk segmen pengguna bagi satu kilogram dan bukan membabitkan industri.

Beliau berkata, kesan kenaikan dijangka tidak mempunyai kesan ketara kepada isi rumah memandangkan kegunaan gula bagi isi rumah adalah kira-kira satu kilogram sebulan.

Katanya, harga gula runcit di Malaysia adalah yang termurah di rantau ini dengan harga semasa pada RM2.85 sekilogram.

“Harga gula di Thailand adalah kira-kira RM3.50 sekilogram dan Singapura dijual pada RM5.90 sekilogram,” katanya.

Syed Feizal berkata, pihak industri menyerahkan kepada kerajaan untuk membuat keputusan mengenai semakan semula harga gula dan berharap kerajaan membuat keputusan sebaiknya.

Mengenai bekalan gula, Syed Feizal berkata, bekalan gula dalam negara lebih daripada mencukupi dan tiada keperluan untuk mengimport komoditi itu bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.

Beliau berkata, MSM juga tidak terkesan oleh penghapusan Permit Kelulusan atau Approved Permit (AP) bagi bahan makanan secara serta merta bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

“Pengeluaran (gula) tempatan mencukupi untuk negara, jadi tidak perlu import. Gabungan kapasiti MSM dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd adalah kira-kira 2.8 juta tan dan permintaan negara hanya 1.5 juta tan,” katanya.

Baca Lagi:

Harga roti canai pula naik

Neflix bakal gulung tikar? 150 orang pekerja dibuang

Kena terajang macam bola dekat kepala, bapa nak saman 10 pelajar, termasuk pengetua dan guru disiplin

CATEGORIES