Neflix bakal gulung tikar? 150 orang pekerja dibuang

Neflix bakal gulung tikar? 150 orang pekerja dibuang

Neflix bakal gulung tikar? 150 orang pekerja dibuang.

‘Jujur cakap penulis pun hampir lupa ada akaun Netflix, dah sampai masa untuk hentikan langganan kot.’

Masih terngiang di telinga bunyi ‘tudumm‘ yang dikeluarkan setiap kali memulakan filem pada aplikasi Netflix, namun mungkin selepas ini tiada lagi.

Sejak laporan pengurangan jumlah pengguna, syarikat penstriman Amerika Syarikat (AS) tersebut dilihat menghadapi pelbagai masalah dari kejatuhan saham ke rancangan memasukkan iklan bagi menampung kos.

Neflix bakal gulung tikar ? 150 orang pekerja dibuang

Terbaharu, Netflix telah bertindak membuang atau bahasa halusnya ‘memberhentikan‘ seramai 150 orang pekerja, yang mewakili 2% tenaga kerja syarikat di AS dan Kanada.

Tindakan tersebut dipercayai diambil bagi mengurangkan kos disebalik pertumbuhan syarikat yang agak perlahan sejak nilai pasaran sahamnya menurun $40 bilion pada April lalu.

Menurut kenyataan rasmi syarikat, keputusan tersebut diambil berdasarkan keperluan perniagaan dan bukannya berdasarkan prestasi individu di syarikat.

Tambahnya, Netflix akan berusaha keras untuk menyokong pekerja yang diberhentikan dalam menghadapi masa yang sukar ini bersama.

Ini bukan kali pertama Netflix menghentikan pekerjanya, di mana sebelum ini syarikat telah menamatkan perkhidmatan pekerja di Tudum iaitu sebuah website yang bertindak untuk mempromosi filem dan rancangan TV mereka.

Umum mengetahui bahawa sejak sekatan Covid-19 dimansuhkan dan tercetusnya perang di Ukraine, keadaan bertambah buruk buat Netflix.

Selain itu, peningkatan persaingan turut memaksa syarikat membuat penstrukturan semula dengan memperkenalkan sokongan iklan pada perkhidmatan mereka serta membuang pekerja.

Terang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Netflix, Spencer Neumann, mereka sedang melakukan yang terbaik dari segi menarik balik beberapa pertumbuhan perbelanjaan untuk mencerminkan realiti pertumbuhan hasil perniagaan syarikat.

Baca Lagi:

Nama KJ disebut dalam perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi

Harga roti canai pula naik

Anwar sudah, Najib cabar Kit Siang pula berdebat dalam Bahasa Inggeris

CATEGORIES