Haram ke pakai kereta lama?, Jasmin Hamid perjelas bukan jatuh miskin pakai kereta Wira lama

Haram ke pakai kereta lama?, Jasmin Hamid perjelas bukan jatuh miskin pakai kereta Wira lama

Haram ke pakai kereta lama?, Jasmin Hamid perjelas bukan jatuh miskin pakai kereta Wira lama. Menjadi selebiriti biasanya dikaitkan dengan gaya hidup yang mewah termasuk dari segi pakaian, perhiasanya dan juga kenderaan.

Pun begitu, ada juga artis-artis tempatan yang lebih selesa dan bersyukur untuk tampil dengan gaya hidup ‘sederhana’ dan tidak terikut dengan trend yang dibawa.

Bagaimanapun, pastinya ada sesetengah pihak yang melontarkan kritikan dan menyifatkan perkara itu seperti penurunan dalam karier hidup.

Haram ke pakai kereta lama?, Jasmin Hamid perjelas bukan jatuh miskin pakai kereta Wira lama

Begitulah yang perlu dihadapi oleh aktress popular tanah air, Jasmin Hamid apabila memilih untuk membawa kenderaan buatan tempatan, Proton Wira.

Jasmin dalam satu muat naik di Instagram baru-baru ini memberitahu telah keluar mengisi perut dengan menaiki kenderaan yang diberi nama “Bobob”.

Kata Jasmin, setelah beberapa tahun kereta tersebut tidak digunakan, akhirnya Proton Wira kesayangannya bergerak kembali.

“Ahamdulillah my FELARI dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. nama dia BOBOB kamu semua,” tulisnya di media sosial itu.

Bagaimanapun, dia memaklumkan menerima pelbagai kritikan oleh sesetengah orang yang menganggap perkara itu seolah-olah penurunan “standard”.

“Bila BOBOB bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya..Takkan artis pakai kereta wira lama? Dah jatuh miskin ke?
“Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar.. Kenapa ek? Haram ke pakai wira lama? Kereta buruk? Saya okay je pakai Wira lama.. yang awak pulak rasa allergy dah kenapa?” luahnya di Instagram.

Walaupun menerima pelbagai kritikan, pelakon berusia 51 tahun itu memilih untuk tidak mengendahkan kata-kata pihak berkenaan.

“Biarlah, saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. BOBOB ada sentimental value pada saya. Pada yang nak belikan kereta baru untuk saya ke?
“Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit, BOBOB nak lalu ni. Hebat bukan?” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Baca Lagi:
Pekerja mengaku puas hati bunuh bos dengan kejam sebab selalu dimaki
Misteri 5 penemuan di laut yang masih tak terjawab sampai sekarang
“Mak cakap bakal ayah tiri 9 anak orang kaya, kami setuju siap bawa pergi Thailand kahwin senyap-senyap, sekali isteri tua datang dedah perangai sebenar..”
CATEGORIES