Guru kerja lebih masa meninggal dunia, keluarga terima wang pampasan RM2.6 juta

Guru kerja lebih masa meninggal dunia, keluarga terima wang pampasan RM2.6 juta

Guru kerja lebih masa meninggal dunia, keluarga terima wang pampasan RM2.6 juta. Sebuah mahkamah daerah di Jepun kelmarin memerintahkan pentadbiran wilayah Toyama dan bandar Namerikawa membayar pampasan 83 juta yen (RM2.6 juta) kepada keluarga seorang guru sekolah yang meninggal dunia pada 2016, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Guru itu dilaporkan meninggal dunia selepas diserang strok akibat kerja lebih masa.

Isteri dan dua anak guru itu yang berusia dalam lingkungan 40-an memfailkan tuntutan mahkamah pada Oktober 2019 dan meminta pampasan kira-kira 100 juta yen (RM3.2 juta). Mereka mendakwa pentadbiran tempatan gagal menguruskan waktu kerja dengan betul.

Guru kerja lebih masa meninggal dunia, keluarga terima wang pampasan RM2.6 juta

Menurut saman tersebut, lelaki itu mengajar sains di sebuah sekolah menengah rendah di Namerikawa. Selain itu, dia juga ialah guru kelas serta menyelia kelab tenis sekolah perempuan tersebut.

Pada Julai 2016, dia mengalami pendarahan otak ketika berada di rumah dan meninggal dunia 18 hari kemudian pada Ogos 2019.

Dia bekerja lebih masa 137 jam pada bulan berkenaan sebelum diserang strok.

Guru sama juga bekerja lebih masa selama 155 jam sebulan sekali gus melanggar garis panduan kerana kerajaan menetapkan 80 jam kerja lebih masa dalam sebulan.

Guru tersebut hanya mengambil cuti rehat sehari sepanjang 53 hari dia bertugas.

Baca Lagi:
Modal RM50, cuci RM21,000, rezeki peniaga buka guni ‘bundle’ Korea temui duit
4 tahun susah payah tanggung kekasih sambung degree sampai habis, pemandu lori sedih bila ajak nikah lain pula yang jadi
“Tak pernah dibuat orang, lelaki ini sanggup tinggal dalam hutan bersama kapal terbang, siap buat rumah lagi”
CATEGORIES