6 keburukan yang anda patut tahu tentang pemasangan ‘billboard’ di jalan raya

6 keburukan yang anda patut tahu tentang pemasangan ‘billboard’ di jalan raya

6 keburukan yang anda patut tahu tentang pemasangan ‘billboard’ di jalan raya. Dalam sebuah artikel kami yang sedikit sebanyak mengecam taktik pemasaran jenama produk, yang menggunakan papan tanda gergasi atau billboard di sepanjang jalan – selain sokongan, kami juga menerima banyak kritikan.

Pandangan kami dikritik kerana bagi segelintir pihak, penggunaan papan iklan gergasi sebagai alat promosi merupakan satu lumrah yang harus kita sebagai pemandu terima. Malahan ada juga yang menasihatkan kami agar ‘kalau tak suka, tak payah pandang!’

Realitinya sudah banyak kajian berkenaan kesan buruk billboard kepada pemandu dibuktikan wujud, jika dibandingkan dengan kesan baiknya yang hanya dirasai oleh jenama atau founder yang terpapar dalam papan iklan itu.

6 keburukan yang anda patut tahu tentang pemasangan 'billboard' di jalan raya

Apa kesan buruknya? Ini lima kesan yang kami yakin anda tak dapat nak menyangkalnya.

1. Mengganggu fokus

Iklan billboard yang besar dan menarik perhatian boleh mengalihkan perhatian pemandu dari jalan raya.

Apabila pemandu mengalih pandangan dari jalan untuk membaca atau melihat billboard, ia meningkatkan risiko kemalangan atau perlanggaran.

2. Menyebabkan kekacauan kognitif

Walaupun pemandu tidak secara aktif melihat billboard, kehadiran gangguan boleh menyebabkan gangguan kognitif.

Pemandu mungkin terlibat secara mental dengan kandungan atau mesej di billboard, yang boleh mengurangkan perhatian mereka terhadap jalan raya dan melambatkan masa tindak balas mereka.

3. Information overload!

6 keburukan yang anda patut tahu tentang pemasangan 'billboard' di jalan raya

Lebuhraya adalah persekitaran yang sibuk dan cepat, dengan banyak tanda, isyarat, dan kenderaan yang menuntut perhatian pemandu.

Menambah iklan gergasu ke dalam situasi ini boleh menyebabkan pemandu mengalami beban maklumat, membuat situasi memandu lebih mencabar bagi pemandu dalam memproses dan bertindak balas terhadap petunjuk jalan yang penting.

4. Mengehadkan penglihatan

Iklan billboard di lebuhraya boleh menghalang penglihatan asas pemandu.

Apabila tumpuan pemandu tertarik kepada billboard, mereka mungkin terlepas pandang objek penting atau bahaya di tepi jalan, seperti kenderaan yang menyelit atau pejalan kaki.

5. Boleh mengakibatkan pertukaran lorong tidak sengaja

Ini yang paling ditakuti, khususnya dalam era billboard dinamik yang berbentuk video semakin banyak terpasang.

Sesetengah pemandu mungkin akan membuat perubahan lorong mendadak atau gerakan tiba-tiba dalam usaha untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik ke arah billboard.

Tingkah laku pemanduan yang tidak menentu ini akan meningkatkan risiko perlanggaran dengan kenderaan lain.

Entah kenapa trailer filem pun nak ditayang di atas jalan raya…

6. Mengubah emosi pemandu

Beberapa iklan billboard boleh membangkitkan reaksi emosi daripada pemandu, seperti kejutan, keterujaan, atau kegembiraan.

Perubahan emosi ini walaupun jangkamasanya sedetik atau sejenak, mampu mengganggu pemandu dan mempengaruhi fokus kita terhadap jalan raya.

Pihak berkuasa kerap menjalankan kempen mengatasi tidur mikro atas jalan.

Persoalannya kenapa gangguan-gangguan mikro atas jalan, semakin banyak diluluskan?

Baca Lagi:
“Tak pernah dibuat orang, lelaki ini sanggup tinggal dalam hutan bersama kapal terbang, siap buat rumah lagi”
Jumpa duit ribuan ringgit dalam plastik tepi jalan, tindakan lelaki ini ambil letak dalam raga motosikal dipuji, sanggup berhujan tunggu pemilik duit datang cari
Pemilik kedai terkejut jumpa duit yang hilang, rupanya bekas pekerja kirim surat berserta duit yang dicuri
CATEGORIES