Bagi yang malas bekerja, boleh ikut cara Bharat Jain, pengemis terkaya di dunia dengan nilai kekayaan RM4.2 juta

Bagi yang malas bekerja, boleh ikut cara Bharat Jain, pengemis terkaya di dunia dengan nilai kekayaan RM4.2 juta

Bagi yang malas bekerja, boleh ikut cara Bharat Jain, pengemis terkaya di dunia dengan nilai kekayaan RM4.2 juta. Kita yang kerja bersusah payah daripada pagi hingga ke malam pun terkadang belum tentu mampu memiliki sebuah rumah berharga lebih setengah juta. Namun, seorang pengemis di India dilaporkan berjaya memiliki beberapa aset dan pendapatan yang lumayan.

Seorang lelaki bernama Bharat Jain kini hangat menjadi bualan penduduk Mumbai, India kerana dianggarkan memiliki kekayaan 75 juta rupee (~RM4.2 juta) meskipun hanya mengemis di jalanan.

Menurut laporan Economic Times, Bharat Jain merupakan pengemis terkaya berdasarkan pendapatan dan aset yang dimiliki. Lelaki ini sering dilihat mengemis di sekitar kota raya Mumbai.

Bagi yang malas bekerja, boleh ikut cara Bharat Jain, pengemis terkaya di dunia dengan nilai kekayaan RM4.2 juta

Bukan hanya mampu menanggung isteri, dua anak, abang dan ayahnya, Bharat Jain juga memiliki sebuah flat bernilai 12 juta rupee (~RM678,323.29) selain daripada dua kedai sewa.

Bharat Jain juga menjana pendapatan bulanan antara 60,000 rupee (~RM3,391.62) hingga 75,000 rupee (~RM4,239.52) menerusi hasil mengemis sahaja.

Tempat popular yang menjadi lokasi lelaki itu mengemis antaranya di stesen kereta api Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus (CSMT) atau Azad Maidan.

Disebabkan kewangan yang tidak stabil, Bharat tidak dapat melanjutkan pelajaran secara formal dan memilih mengemis untuk menyara hidup. Walaupun sudah dihalang oleh keluarga selepas berkemampuan, beliau tetap memilih untuk meneruskan kerjaya ‘mengemisnya’.

Sebagai rekod, beliau memiliki dua kedai di Thane yang disewakan pada harga 30,000 rupee (~RM1,695.81) sebulan. Anak-anaknya sudah pun menghabiskan pembelajaran sementera ahli keluarga yang lain menguruskan perniagaan sebuah kedai alat tulis.

Baca Lagi:
“Tak pernah dibuat orang, lelaki ini sanggup tinggal dalam hutan bersama kapal terbang, siap buat rumah lagi”
Peniaga terkejut terima duit RM10 ‘rare’ dari pelanggan, tak sangka ada 2 kepala Agong
Jumpa duit ribuan ringgit dalam plastik tepi jalan, tindakan lelaki ini ambil letak dalam raga motosikal dipuji, sanggup berhujan tunggu pemilik duit datang cari
CATEGORIES