Modal RM50, cuci RM21,000, rezeki peniaga buka guni ‘bundle’ Korea temui duit

Photo of author

By Joe

Modal RM50, cuci RM21,000, rezeki peniaga buka guni ‘bundle’ Korea temui duit. Siapa sahaja yang berniaga, pastinya akan gembira sekiranya memperoleh rezeki atau keuntungan. Lebih-lebih lagi sekiranya keuntungan yang diperoleh adalah jauh lebih besar berbanding pelaburan dikeluarkan.

Itulah yang terjadi menerusi perkongsian Instagram @roy.bundlestore selaku pembekal bale atau guni bundle dari Korea di mana salah seorang pelangannya memperoleh ‘jackpot’ atau wang besar mencecah RM21,000.

Kisah bermulanya apabila pembeli ini membeli guni bundle made in Korea bernilai RM50 bagi mendapatkan pakaian-pakaian untuk dijual semula.

Modal RM50, cuci RM21,000, rezeki peniaga buka guni 'bundle' Korea temui duit

Rezeki berpihak kepada milik kumpulan ini apabila berjaya menemui wang sebanyak mencecah 6 juta Won (~RM21,440) menerusi salah satu pakaian dalam guni tersebut.

Kegembiraan yang tidak terungkap turut dirakam serta dikongsikan kepada penjual @roy.bundlestore dalam memaklumkan penemuan wang yang besar tersebut.

Modal RM50, cuci RM21,000, rezeki peniaga buka guni 'bundle' Korea temui duit

Untuk pengetahuan, memperoleh wang yang besar dalam guni bundle ini bukanlah sesuatu yang kerap berlaku. Rezeki yang diperoleh kumpulan ini sekaligus boleh dilabelkan sebagai ‘durian runtuh’ melihatkan guni bundle yang dibeli hanyalah bermodalkan RM50.

Baca Lagi:
TMJ mahu berjumpa dengan Wan Mahussin selepas menonton video di Facebook
Kereta terbang pertama di dunia diluluskan, ini nilai harganya untuk buat tempahan
Ini cara nak dapatkan semula sijil PMR, SPM, STPM yang hilang atau rosak