Anak biarkan ibu kelaparan dengan harapan meninggal dunia supaya boleh mewarisi harta, tapi anak pula meninggal dalam keadaan cukup tragis

Anak biarkan ibu kelaparan dengan harapan meninggal dunia supaya boleh mewarisi harta, tapi anak pula meninggal dalam keadaan cukup tragis

Anak biarkan ibu kelaparan dengan harapan meninggal dunia supaya boleh mewarisi harta, tapi anak pula meninggal dalam keadaan cukup tragis.

Si Tanggang moden, demikian gelaran yang sesuai diberikan buat seorang lelaki yang menzalimi ibunya sendiri demi harta. Dalam kejadian berlaku di Nikom, Satuek, Thailand, wanita warga emas, Nuan Salangam, 82, diabaikan anaknya didakwa bagi mendapatkan harta pusaka.

Wanita berkenaan dipercayai telah dibiarkan kelaparan oleh si anak dengan harapan beliau meninggal dunia bagi mewarisi harta.

Bagaimanapun, belum sempat impian tercapai, anak lelakinya yang berusia 57 tahun itu ditemui meninggal dunia akibat penyakit tibi (tuberkulosis) dalam keadaan yang cukup tragis.

Pegawai polis dan penyelamat yang menerima laporan daripada jiran mereka selepas terhidu bau busuk. Setelah memasuki rumah berkenaan, mereka mendapati mayat Thongdee Salangam sudah mereput dimakan ulat di atas katil kayu.

Lelaki itu dipercayai meninggal dunia empat hari sebelum ditemui. Dalam operasi berkenaan, polis dan pasukan penyelamat turut menemui wanita berkenaan di atas tilam di dalam rumah berkenaan.

Nuan memberitahu beliau tidak menyedari anaknya itu meninggal dunia dan mengadu kelaparan kerana sudah empat hari tidak makan dan minum.

Anak biarkan ibu kelaparan dengan harapan meninggal dunia supaya boleh mewarisi harta, tapi anak pula meninggal dalam keadaan cukup tragis

Wanita itu turut mendedahkan dirinya telah terlantar 10 tahun lalu. Biarpun mempunyai akses kepada bantuan kewangan daripada kerajaan, Nuan mendakwa anak lelakinya membolot wang tersebut dan membeli minuman keras. Malah si anak juga tergamak membiarkannya kelaparan.

IBU TUA ITU JUGA MENAMBAH, BELIAU MERASAKAN THONGDEE MAHU DIRINYA MATI KELAPARAN SUPAYA BOLEH MENJUAL RUMAH, TANAH DAN SEMUA ASET KELUARGA.

“Thongdee makan makanan di hadapan saya. Saya minta makanan kepadanya, tetapi dia tidak memberi apa-apa. Saya terpaksa minum air paip. Dia selalu memukul saya setiap kali dia mabuk. Saya tidak tahu bagaimana saya bertahan sehingga sekarang. Saya tidak mempunyai sesiapa. Tiada elektrik di sini, dan tiada siapa yang akan menjaga saya,” katanya.

Seorang jiran, Danita Trate-theaway, 59, memaklumkan kepada media bahawa dia tahu lelaki itu menyebabkan Nuan kelaparan dan telah melaporkan kejadian itu kepada p0lis.

Danita berkata, Nuan masih menyayangi anaknya. Tiada sesiapa berani melawat kerana bimbang sikap Thongdee yang sering mabuk selain bimbang dijangkiti penyakit tibi.

Seorang lagi jiran, Kae Paeree, 60, berkata Thongdee menggadaikan tanah 10 tahun lalu dan membelanjakan semua wang itu, kira-kira 50,000 hingga 60,000 baht (RM6,274.88 hingga RM7,529.86) untuk berjudi.

Sudah jatuh ditimpa tangga, agen peminjam wang juag didakwa menaikkan kadar faedah pinjaman hingga 300,000 baht (RM37,649.29). Kini mereka dikatakan sedang menunggu Nuan meninggal dunia untuk merampas tanah bagi melun4skan hutang Thongdee.

Ketua Daerah Satuek, Piphat Bamrungklang memberitahu media, Hospital Satuek akan menjaga Nuan sehingga kesihatannya pulih. Beliau menambah para pegawai sedang berusaha menjejaki ahli keluarga wanita itu. Jika waris tidak ditemui warisnya, Nuan akan dihantar ke rumah jagaan warga emas.

Baca Lagi:

Lelaki maut ditembak 8 das, ditetak dengan parang depan pagar rumah

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Jackpot ! Lelaki terkejut Mat Saleh beli Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune miliknya dengan harga RM8.8 juta

CATEGORIES