Gempar ! KJ akan sertai PKR? Tular di Twitter siap ajak Rafizi lunch sekali

Gempar ! KJ akan sertai PKR? Tular di Twitter siap ajak Rafizi lunch sekali

Gempar ! KJ akan sertai PKR? Tular di Twitter siap ajak Rafizi lunch sekali. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menarik perhatian netizen apabila kedua-duanya saling sapa menyapa di Twitter, hari ini.

Berbalas komen antara pemimpin PKR dan UMNO itu berlaku beberapa hari selepas Khairy memaklumkan beliau diarah mengosongkan kerusi Parlimen Rembau dan berisiko tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ia bermula apabila Rafizi memaklumkan beliau akan bercuti bersama keluarganya di Negeri Sembilan hujung minggu ini dan menyenaraikan beberapa lokasi menarik yang bakal dikunjunginya nanti.

Gempar ! KJ akan sertai PKR? Tular di Twitter siap ajak Rafizi lunch sekali

Seorang netizen kemudian mengusik Rafizi apabila bertanya sama ada beliau akan pergi Rembau, kawasan Parlimen yang disandang Khairy ketika ini.

Rafizi kemudian membalas usikan itu dengan memaklumkan beliau dijangka melalui kawasan Rembau apabila dalam perjalanan ke Port Dickson, sebelum Khairy turut melayan gurauan berkenaan dengan mengajak Rafizi makan tengah hari bersama.

“Hmm…singgah la. Lama tak lunch (makan tengah hari) sekali,” kata bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

Gempar ! KJ akan sertai PKR? Tular di Twitter siap ajak Rafizi lunch sekali

Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan kemudian menyambut pelawaan Khairy dengan menyatakan hasrat mengatur masa untuk makan tengah hari bersama, sesuatu yang bukan asing bagi kedua-dua ahli politik itu.

Beberapa netizen nyata teruja melihat komunikasi antara Khairy dan Rafizi, dengan pengguna Twitter, Krishna Kumar Paramanathan menyifatkan gabungan kedua-dua ahli politik itu amat dinantikan orang ramai.

“Kalian berdua keluar makan tengah hari pasti menghangatkan media sosial,” katanya.

Seorang lagi pengguna Twitter, 6adamsmith5 pula secara berseloroh menanggap komen balas Khairy dan Rafizi sebagai petanda Ahli Parlimen Rembau itu bakal menyertai PKR.

“Ada indikasi Khairy akan masuk PKR tak lama lagi. Mungkin sebelum PRU-15,” katanya.

Pada Disember 2018, BH pernah melaporkan mengenai Khairy dan Rafizi makan tengah hari bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di sebuah rertoran di ibu negara, beberapa bulan selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam PRU-14.

Tiga pemimpin itu antara ahli politik popular yang mendapat perhatian ramai, terutama dalam kalangan golongan muda.

Susulan pertemuan itu, tercetus spekulasi ketika itu mengatakan ketiga-tiga ahli politik berkenaan dipercayai sedang menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda.

Namun, Rafizi menafikan spekulasi itu dan memaklumkan, Khairy hanya mengajarnya menggunakan Instagram dalam pertemuan berkenaan, Nurul Izzah memberi tips sekolah untuk anak, dan beliau pula memberi tips ‘macam mana nak gemuk’.

Ahad lalu, Khairy yang sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Rembau dan pernah diundi sebagai menteri terbaik sebanyak dua kali menerusi kaji selidik beberapa media tempatan tahun lalu, mengesahkan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU-15.

Ia berikutan arahan Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu Khairy memberi laluan kepadanya bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Baca Juga : 

Jambatan baharu hubungkan Malaysia – Indonesia (120 KM) akan dibangunkan

Sekelip mata jadi orang ke-25 paling kaya dunia, bank salah ‘transfer’ RM225 Billion kepada lelaki ini

Syarikat tersilap masukkan gaji RM790 Ribu, pekerja hilangkan diri

CATEGORIES