Tular dakwaan Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad, PU Rahmad cerita hal sebenar

Tular dakwaan Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad, pendakwah ini cerita hal sebenar

Tular dakwaan Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad, pendakwah ini cerita hal sebenar. Teori konspirasi mendakwa Ratu Elizabeth II mempunyai leluhur daripada keturunan Nabi Muhammad sedang tersebar luas selepas ratu berusia 96 tahun itu mangkat malam tadi.

Teori ini sebenarnya dimulakan seorang saintis genealogi bernama Harold Brooks-Baker yang menerbit buku Burke’s Peerage (buku tentang bangsawan British).

Beliau berpendapat bahawa Elizabeth adalah keturunan seorang puteri bernama Zaida yang memeluk agama Kristian pada abad ke-11. Zaida kemudian menjadi gundik Raja Alfonso VI di Castile. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Zaida sebenarnya ada kaitan dengan Muhammad atau tidak.

Tular dakwaan Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad, pendakwah ini cerita hal sebenar

Dakwaan yang tersebar semula ini telah menarik perhatian pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat.

PU Rahmat menegaskan bahawa teori tersebut adalah dusta kerana Zaida atau Isabella yang didakwa disebut di dalam salasilah kononnya cicit kepada Abu Al Qassim Muhammad bukanlah keturunan Rasulullah.

“Telah tersebar kononnya Queen Elizabeth yang mangkat adalah keturunan Rasulullah sedangkan itu adalah dusta.

Tular dakwaan Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad, PU Rahmad cerita hal sebenar

“Silsilah keturunan Rasulullah tidak boleh ditipu kerana setiap tempat atau negara mempunyai penyimpan silsilah yang rasmi atau sah. Di Malaysia kita boleh rujuk Sayyid Hafiz Al Idrus @ Abu Ahmad Al Idrus yang menetap di Terengganu.

“Jangan mudah mengaku keturunan Rasulullah,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, PU Rahmat juga memberi amaran bahawa menipu atas nama baginda Nabi Muhammad SAW sama seperti menempah tempat di dalam neraka Allah.

Tular dakwaan Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad, pendakwah ini cerita hal sebenar

Sementara itu, aktivis sosial Firdaus Wong Wai Hung turut menegaskan bahawa kita tidak memerlukan mana-mana tokoh untuk menzahirkan kemuliaan Islam, apatah lagi tokoh yang kematiannya dizahirkan sebagai seorang yang tidak menerima Allah sebagai tuhan yg Esa.

Jadi sebaiknya dia berkata, orang ramai hanya memberi penghormatan dan takziah atas kematian Queen Elizabeth sebagai seorang manusia, tidak lebih dari itu.

“Salasilah ini yang semakin ditularkan adalah palsu dan rekaan semata-mata,” tambahnya lagi.

Baca Juga : 

Gempar ! KJ akan sertai PKR? Tular di Twitter siap ajak Rafizi lunch sekali

Ini yang akan terjadi selepas Ratu Elizabeth II meninggal dunia

Jambatan baharu hubungkan Malaysia – Indonesia (120 KM) akan dibangunkan

Leave a Reply

Your email address will not be published.