Sekelip mata jadi orang ke-25 paling kaya dunia, bank salah ‘transfer’ RM225 Billion kepada lelaki ini

Sekelip mata jadi orang ke-25 paling kaya dunia, bank salah ‘transfer’ RM225 Billion kepada lelaki ini

Sekelip mata jadi orang ke-25 paling kaya dunia, bank salah ‘transfer’ RM225 Billion kepada lelaki ini. Gara-gara bank tersilap buat pemindahan wang, seorang lelaki di Amerika Syarikat (US) tidak semena-mena menjadi orang ke-25 terkaya di dunia, lapor Mirror.

Memetik Siakap Keli, Ibarat durian runtuh, lelaki tersebut, Darren James berasa bertuah menjadi jutawan sekelip mata apabila RM225 bilion ‘termasuk’ ke dalam akaun bank miliknya baru-baru ini.

Bapa kepada dua anak itu berkata, isterinya yang terkejut dengan keadaan itu segera memaklumkan kepadanya mengenai sejumlah wang yang muncul secara tiba-tiba itu.

Sekelip mata jadi orang ke-25 paling kaya dunia, bank salah ‘transfer’ RM225 Billion kepada lelaki ini

Jelas Darren, perasaan terkedu dan tidak percaya mula menyelubungi diri setelah melihat akaun bank miliknya ‘penuh’ dengan ‘wang besar’ – yang bukan miliknya.

“Kejadian yang berlaku sangat tidak disangka-sangka kerana saya tidak pernah melihat begitu banyak angka kosong dalam hidup saya,” ujarnya kepada BR Proud memetik Mirror.

Sekelip mata jadi orang ke-25 paling kaya dunia, bank salah ‘transfer’ RM225 Billion kepada lelaki ini

Imbas kembali pada temu bual berasingan bersama FOX9 sebelum itu, Darren seakan keliru dengan pemindahan tersebut dan mula bertanya mengenai kedatangan asal wang berkenaan.

“Dan apa yang kami fikir ialah siapa yang akan mengetuk pintu rumah kami…kerana kami tidak mengenali sesiapa yang mempunyai wang yang banyak seperti itu,” katanya.

Memiliki wang beratus bilion ringgit dalam akaun bank sekelip mata memang satu pengalaman ‘manis’, sudah tentu pelbagai perkara dan benda boleh dibeli tanpa berkira-kira.

Namun bagi Darren, daripada cuba membelanjakannya dengan membeli rumah agam atau kapal layar, dia sebaliknya mengakui dirinya berharap agar wang itu dapat dikembalikan ke pemilik asalnya.

Justeru apabila perkara tersebut dilaporkan kepada pihak bank Chase, mereka pun memulakan siasatan mengenai kes kesilapan transaksi berkenaan untuk mendapatkan wang itu kembali.

Bagaimanapun difahamkan, pihak bank tidak mendedahkan maklumat mengenai kewujudan asal wang berbilion ringgit itu dan bagaimana kesilapan transaksi boleh berlaku.

Justeru dua hari kemudian, RM225 bilion yang berada dalam akaunnya itu ‘ditarik’ semula dan akhirnya kekayaan yang dimiliki jutawan sementara itu ‘lenyap’ buat selama-lamanya.

“Duit tu tak menunjukkan sebarang pergerakan (pemindahan) pun.

“Duit tu muncul pada Sabtu semasa kami buat pembayaran deposit kepada anak perempuan kami. Selama dua hari je duit tu ada dalam bank, hari Selasa dah takda,” katanya.

Malah jelas Darren, jika dia memiliki wang sebanyak itu dengan cara yang sah, pasti dirinya akan memanfaatkannya dengan membantu orang lain yang lebih memerlukan.

“Saya akan bantu orang lain untuk beri harapan bahawa sebenarnya benda positif masih wujud lagi kat dunia ni.

“Itulah impian terbesar saya,” katanya.

Difahamkan, kejadian aneh sementara tersebut membuatkan lelaki dari Louisiana itu menjadi 10 kali lebih kaya berbanding pemilik syarikat Virgin, Richard Charles Nicholas Branson.

Baca Lagi:

Ini keadaan Najib Razak sekarang, badan semakin susut, makan makanan sama macam banduan lain

Nora Danish buka mulut cerita hal main, ‘baru 4 jam tak dapat main’ sabar la sayang..

Jika bagi derma kepada pengemis, anda akan dipenjara selama 3 bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.