Ganggu rumah tangga orang atau jadi orang ketiga boleh dikenakan tindakan undang-undang

Photo of author

By Joe

Ganggu rumah tangga orang atau jadi orang ketiga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sesebuah institusi perkahwinan yang dibina sering kali akan mendapat badai yang boleh merosakkan bahtera perkahwinan tersebut.

Pasangan mana yang tidak mahukan kehidupan rumah tangga yang dibina kekal harmoni sehingga ke akhir hayat bukan? Setiap pasangan pasti mengimpikan keluarga bahagia yang boleh kekal sehingga ke hari tua tanpa sebarang gangguan daripada pihak ketiga.

Namun isu curang bukanlah sesuatu perkara yang boleh diterima dalam sesebuah perkahwinan. Ibaratnya curang itu pilihan, perkara itu tidak akan terjadi jika hanya sebelah pihak sahaja yang memulakannya dulu. Jangan buka ruang untuk curang dan dicurangi.

Ganggu rumah tangga orang atau jadi orang ketiga boleh dikenakan tindakan undang-undang

Pun begitu, persoalan berkenaan bolehkah orang yang menganggu rumah tangga ini dikenakan tindakan undang-undang pastinya pernah berlegar di fikiran sesetengah orang yang pernah menghadapi situasi tersebut.

Untuk menjawab persoalan itu, pihak Majlis Agama Islam Selangor ada berkongsikan berkenaan penjelasannya.

Menurutnya, terdapat satu undang-undang syariah bagi mereka yang cuba menjadi pengganggu atau orang ketiga dalam keharmonian rumah tangga orang lain.

Mereka yang didapati terlibat dalam memberi gangguan rumah tangga dan jika didapati bersalah, maka Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman seperti penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM 5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan tersebut diletak di bawah Enakmen 11 Tahun 2023-Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 (Bahagian V- Kesalahan Pelbagai).

Kesalahan Seksyen 32

Menurut Seksyen 32, kepada mana-mana orang yang memujuk lari, membawa pergi atau mempengaruhi seorang perempuan yang telah bersuami supaya meninggalkan rumah tangganya boleh dikenakan hukuman.

Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan Seksyen 33

Seksyen 33 juga ada menyentuh berkenaan mana individu yang menghalang pasangan yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri boleh dikenakan hukuman yang sama.

Kesalahan Seksyen 34

Seksyen 34 menyatakan bahawa, mana-mana individu yang menghasut, memaksa mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan kepada pasangannya atau keluarganya juga boleh dijatuhkan dengan hukuman yang sama oleh Mahkamah Syariah.

Hukuman yang dikenakan adalah sama berdasarkan peruntukan ketiga-tiga Seksyen iaitu Seksyen 32, Seksyen 33 dan Seksyen 34.

Mereka yang menjadi mangsa ketiga dan ingin membuat aduan, boleh terus merujuk kepada Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, jabatan agama Islam negeri serta mahkamah Syariah negeri masing-masing.

FB IMG 1617610254316 708x708 1

Jika terdapat orang ketiga yang mencuba untuk mengganggu rumah tangga anda, anda boleh terus membuat aduan di Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, jabatan agama Islam negeri serta mahkamah Syariah negeri masing-masing.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu para pembaca dalam lebih memahami dengan lebih jelas dengan hak yang anda perolehi jika menjadi mangsa kepada gangguang rumah tangga.

Semoga dengan perkongsian ini, pembaca akan lebih cakna dengan sistem undang-undang yang ada di Malaysia bagi membantu anda mendapatkan hak yang sepatutnya.

Jangan lupa follow kami! Twitter, Facebook

Baca Lagi:
Ibu tunggal 2 anak jual nasi lemak tepi jalan diserbu orang ramai
Kisah dua beranak tinggal di rumah mewah terbiar lebih 12 tahun tanpa elektrik dan air
Ini punca kenapa ramai rakyat Malaysia nikah di Thailand