Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman 5 hari

Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman 5 hari

Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman 5 hari. Dulu Adlan Berhan kecoh isu Bestari.net dan sistem imigresen RM1.16 bilion ketika darurat. Untung jadi broker projek.

Adam Radlan Adam Muhammad bekas Ketua pegawai eksekutif Maju Assets Sdn Bhd yang juga Timbalan Bahagian BERSATU Segambut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menjadi dalang dalam pengagihan projek kerajaan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang 2020 hingga 2022.

Menurut Sabah Kini, Adam Radlan, 42 ditahan malam tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.

Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman 5 hari

Adam Radlan merupakan bekas Menantu kepada pemilik Maju Holding Tan Sri Abu Sahid (Abu Juling) dan merupakan sepupu kepada Datuk Muhamad Adlan Berhan menantu Tan Sri Muhyiddin yang kecoh sebelum ini dengan Projek Bestari.net dan projek rundingan terus sistem imigresen RM1.16 bilion melalui syarikat Iris Information Technology (Iris) dan S5 Holdings Incorporation (S5).

S5 Holdings Incorporation (S5) sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan dipegang oleh S7 Holdings Sdn Bhd (76.38%), Merrington Assets Ltd (10%), MyEG Capital Sdn Bhd (10%) dan Avocat Sdn Bhd (3.62%). Adlan Berhan merupakan pemegang saham kepada Avocat Sdn Bhd.

Adam Adlan direman

Sementara itu menurut sumber, Adam Adlan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan direman lima hari bermula hari ini hingga 10 Jan.

SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman 5 hari

“Hampir 90% projek yang diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.

“Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10% projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10% hingga 20%,” katanya.

Pada 9 Dis lalu, SPRM berkata fokus siasatan berhubung dakwaan salah guna dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Covid-19 akan tertumpu kepada RM92.5 bilion, iaitu jumlah dibelanjakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

SPRM berkata, hanya RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan daripada peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion yang dibelanjakan pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman 5 hari

Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Sumber berkata suspek yang ditahan dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan “pihak atasan”.

Katanya, beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5% dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik konon untuk tujuan pembiayaan politik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Jangan lupa follow kami! Twitter, Facebook

Baca Lagi:
Ganggu rumah tangga orang atau jadi orang ketiga boleh dikenakan tindakan undang-undang
Ibu tunggal 2 anak jual nasi lemak tepi jalan diserbu orang ramai
Kisah dua beranak tinggal di rumah mewah terbiar lebih 12 tahun tanpa elektrik dan air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *