Gambar Sultanah Nur Diana Petra bertudung jadi perhatian netizen

Gambar Sultanah Nur Diana Petra bertudung jadi perhatian netizen

Gambar Sultanah Nur Diana Petra bertudung jadi perhatian netizen. Manis bertudung litup, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sentiasa menjadi perhatian warga maya.

Semenjak dimahsyurkan pada 2 Ogos lalu, Sultanah Kelantan itu sering mencuri pandangan menerusi perkongsian foto di laman sosial.

Sultanah Nur Diana mendahului senarai 769 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-53 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

BAGINDA DIKURNIAKAN GELARAN DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KELANTAN DAN DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI AL-YUNUSI (DK).

Gambar Sultanah Nur Diana Petra bertudung jadi perhatian netizen

Sementara itu, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) membawa kepada gelaran Datuk.

KYqdnCga SinarPlus 1 e1668397180708

Tertarik dengan kemunculan Sultanah Nur Diana Petra, ramai mendoakan kesejahteraan baginda dan memuji penampilan baginda.

– “Manis bertudung.”

– “MasyaALLAH manisnya bertudung litup, daulat Tuanku.”

– “Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah di atas keanugerahan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) atau Bintang Al-Yunusi. Semoga ALLAH memberkati Tuanku.”

Baca Lagi:
Selepas kena halau ketika berkempen di Simpang Renggam, Maszlee minta maaf kepada penyokong UMNO
[VIDEO] Pesawat tentera berlanggar dan terhempas ketika pertunjukan udara
Makcik cleaner dapat hadiah seutas gelang emas dari pekerja syarikat selepas diberhentikan
CATEGORIES