Tular calon PRU15 muat naik gambar kertas undi pos

Tular calon PRU15 muat naik gambar kertas undi pos

Tular calon PRU15 muat naik gambar kertas undi pos. Calon kerusi Parlimen Batu dari Pakatan Harapan (PH), P. Prabakaran didakwa memuat naik gambar kertas undi di laman sosial Instagram miliknya.

Perkara sama didakwa turut dilakukan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Gambar kertas undi yang tular di media sosial tersebut menimbulkan pertikaian sama ada tindakan berkenaan melanggar Akta Pilihan Raya 1958.

Perbuatan didakwa dilakukan Prabakaran itu didedahkan oleh Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali Siti Kassim yang merupakan calon Bebas di Parlimen Batu.

Tular calon PRU15 muat naik gambar kertas undi pos

Manakala, perbuatan didakwa dilakukan oleh Jamal didedahkan oleh pemimpin PH, Tony Pua di laman Twitter.

“Prakabaran calon PH main kotor. Saya akan laporkan kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” kata Siti Kassim di laman Facebook hari ini.

Kerusi Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membabitkan Prabakaran selaku penyandang.

Calon lain termasuk Siti Kassim dan bekas ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu, Chua Tian Chang @ Tian Chua yang turut bertanding tiket bebas.

Parlimen Sungai Besar pula menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, PH, Perikatan Nasional dan Gerakan Tanah Air ( GTA).

Baca Lagi:
Gambar Sultanah Nur Diana Petra bertudung jadi perhatian netizen
Zul Huzaimy mahu ‘sembelih’ kapir harbi
‘Hukum’ tiket ke syurga jika memangkah Pas, cukuplah kena tipu dengan PAS – Ku Li
CATEGORIES