Foto minyak masak naik harga mula tular di media sosial, harga dah bukan-bukan

Foto minyak masak naik harga mula tular di media sosial, harga dah bukan-bukan

Foto minyak masak naik harga mula tular di media sosial, harga dah bukan-bukan. Hari ini, tular beberapa keping foto harga minyak masak botol 5kg yang didakwa mendadak naik harga susulan kerajaan tidak lagi memberikan subsidi bagi minyak masak saiz berkenaan bermula hari ini.

Difahamkan, pengguna media sosial mendakwa harga minyak masak berkenaan mencecah hingga lebih RM45 setiap bermula hari ini, 1 Julai 2022.

Berdasarkan perkongsian yang menjadi tular lagi, turut dibandingkan dengan harga lama dimana minyak masak botol 5kg dijual pada harga RM 29 sebelum ini.

Foto minyak masak naik harga mula tular di media sosial, harga dah bukan-bukan

Hal tersebut mungkin berkait rapat dengan kenyataan media Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tempoh hari yang mengatakan bahawa kerajaan akan menamatkan program subsidi minyak botol bermula 1 Julai 2022.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak paket 1kg dan sebanyak 60,000 metrik minyak masak telah disubsidi pada setiap bulan.

Foto minyak masak naik harga mula tular di media sosial, harga dah bukan-bukan

Difahamkan, kerajaan melaksanakan pemberian subsidi sementara bagi minyak masak botol 2kg dan 5kg bagi meringankan beban rakyat yang terkesan disebabkan oleh pandemik, lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam golongan B40.

Dalam pada itu, kerajaan memaklumkan bahawa penarikan semula pemberian subsidi tersebut dibuat kerana terdapatnya penyelewengan minyak masak tersebut.

“Melihat kepada penyelewengan yang berlaku, oleh itu kerajaan telah membuat keputusan iaitu tiada lagi keperluan untuk meneruskan subsidi minyak masak berbotol kerana ia tidak lagi menepati objektif untuk kita teruskan.

 

Foto minyak masak naik harga mula tular di media sosial, harga dah bukan-bukan

“Kerana tujuan kita perkenalkan adalah untuk meringankan beban rakyat yang terjejas dengan pandemik Covid-19,” jelas beliau dalam sidang media tempoh hari.

Baca Juga :

Tak guna, patutlah minyak masak susah dapat..Ini kepala dia buat hal – Netizen
Unik! Minyak masak dijual seperti di stesen minyak, netizen Malaysia teruja
Jangan guna minyak masak berulang kali. Ini bahaya!
Akibat minyak masak mahal, Pemuda nekad makan bara kayu api
Patutlah minyak masak mahal, kapal Airbus A380 terbang guna minyak masak sebagai bahan api
CATEGORIES