Penangan filem Mat Kilau, ramai ibu bapa daftar anak belajar silat

Penangan filem Mat Kilau, ramai ibu bapa daftar anak belajar silat

Penangan filem Mat Kilau, ramai ibu bapa daftar anak belajar silat

Filem Mat Kilau mencetuskan fenomena luar biasa kepada persatuan silat apabila menerima banyak penyertaan daripada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar seni mempertankan diri itu.

Naib Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Daerah Jempol, Ahmad Shafiq Zulkifli berkata sejak tiga hari lalu, pihaknya menerima pendaftaran lebih 40 pelajar baharu yang mahu belajar silat.

Katanya, ia cukup luar biasa memandangkan sebelum ini hanya menerima empat atau lima pelajar dalam tempoh setahun.

EbbHMSkVcAAi6lw

“Impak dicetuskan filem berkenaan menyebabkan ada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar silat.

“Sebelum ini, silat kurang mendapat sambutan berikutan ada yang mendakwa hanya sekadar seni bela diri kampung namun tayangan filem itu mengubah persepsi orang ramai,” katanya.

Ahmad Shafiq yang juga gurulatih muda khalifah berkata dia yakin penyertaan pelajar baharu itu akan bertambah susulan program pengambilan ahli baharu bermula hari ini dan esok.

Katanya, pengaruh silat yang dipamerkan dalam filem berkenaan yang memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan, adab orang Melayu dan junjungan agama Islam yang tinggi sangat memberi impak khususnya kepada ibu bapa.

“Tidak menghairankan apabila ada ibu bapa mendaftar anak mereka berusia lima tahun selain ada golongan dewasa berusia 50 tahun yang turut berminat mahu berlatih silat,” katanya.

Mengulas mengenai demam filem Mat Kilau itu, katanya, seramai 104 ahli PSSGM Jempol sudah dibawa menyaksikan tayangan filem di pawagam di Bahau malah ahli turut mengenakan busana tradisional seperti pahlawan Melayu.

Untuk rekod, Gelanggang Panglima Hitam PSSGM daerah Jempol sudah melahirkan 4,000 pesilat.

Baca lagi: 

Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak British juga gagal untuk membunuh beliau

Wajah sebenar Mat Kilau setelah muncul kembali pada tahun 1969

Rakyat Kelantan tak perlu pawagam boleh tengok Netflix, You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok” – Nik Amar

CATEGORIES