Dua hari dikatakan ‘hilang’, ini keadaan terkini Sanusi

Dua hari dikatakan ‘hilang’, ini keadaan terkini Sanusi

Dua hari dikatakan ‘hilang’, ini keadaan terkini Sanusi. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang ‘hilang’ dua hari apabila tidak menghadiri program ceramah dan kempen terbuka, petang tadi membuat kemunculan semula, bukan di pentas ceramah kempen politik, tetapi di padang bola.

Bertempat di Padang Awam FELDA Teloi Timur, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu tiba di lokasi jam 6.13 petang bagi menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di antara Pilihan MB dan Pilihan FELDA.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri berkenaan yang akan bertanding mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu depan, turut naik ke pentas untuk memberi ucapan selama kira-kira 5 minit sebelum masuk ke padang dan bermain di posisi penyerang.

Dua hari dikatakan 'hilang', ini keadaan terkini Sanusi

Terdahulu, bekas ketua pasukan bola sepak Kedah dan Sabah, Baddrol Bakhtiar yang juga calon PN DUN Gurun, turut hadir di padang awam berkenaan kira-kira jam 5.45 petang sebelum beredar sekitar 15 minit kemudian.

Petang Sabtu lalu, Menteri Besar Kedah dijadual menghadiri sembang santai di Padang Awam Taman Serai Wangi, Padang Serai, namun tidak hadir atas faktor keselamatan, seperti dimaklumkan pemimpin PN setempat.

Dua hari dikatakan 'hilang', ini keadaan terkini Sanusi

Berikutan itu, timbul spekulasi kononnya Muhammad Sanusi yang dalam siasatan berkait kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, ditahan pihak berkuasa. Namun beliau kemudian tampil bersiaran langsung melalui platform TikTok menepis khabar angin berkenaan.

Malam tadi, beliau sepatutnya hadir Ceramah Mega PN di Padang Awam Taman Ria di Sungai Petani, namun sekali lagi tidak membuat kemunculan, menyebabkan ribuan penyokongnya pulang dengan rasa kecewa.

Berikutan itu, timbul dakwaan mengatakan Menteri Besar sedang ‘bersembunyi’ dan mengelak berada di tempat awam selepas timbul kemungkinan beliau bakal ditahan pihak berkuasa, bila-bila masa.

Perkara itu turut dijelaskan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam ceramah di Padang Awam Taman Ria, mendakwa ada ‘perangkap’ mahu melakukan sesuatu ke atas Menteri Besar dalam tempoh terdekat, sekali gus meminta penyokong PN bersedia dengan segala kemungkinan.

“Perangkap itu mengkehendaki Menteri Besar kita masuk ke dalam itu, (kemudian) dia (pihak berkuasa) pegang dan buat sesuatu kita tak jangka. Jadi dalam waktu ini, kita kena bersedia dengan segala kemungkinan,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS itu.

Muhammad Sanusi dibelenggu isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Sik berikutan jawatannya sebagai Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, agensi yang diberikan kelulusan permit guna ladang hutan di Kompartmen 12 Hutan Simpan Bukit Enggang sejak 2015.

Pada Pada 18 Julai lalu, SPRM menahan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah dan seorang pengarah syarikat yang disyaki terbabit dalam isu kecurian hasil mineral itu.

Lima hari kemudian, seorang pegawai kanan berkhidmat di bawah kerajaan negeri turut ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam kegiatan perlombongan REE.

Baca Lagi:
Bekas pelajar kongsi sisi gelap sekolah asrama yang ramai tak tahu
Wanita alami sakit seluruh badan selepas berurut, rupanya nama ‘diikat’ pocong
Rupanya ini 5 tempat lesapnya duit gaji anak muda setiap bulan, no.5 tu perempuan kebanyakkannya
CATEGORIES