Hutang RM150,000 tak bayar, founder produk kejar kakak selebriti terkenal. Kecoh pula sekarang ni tentang seorang founder produk kejar kakak kepada seorang selebriti wanita untuk menuntut hutang adiknya.
Kejadian ini bersangkut paut dengan pendedahan founder produk ESW, Muhammad Iddin Shah Mohd Fuzi di laman media sosialnya. Dia mendedahkan ada seorang penyanyi yang lari dari membayar hutang sebanyak RM150,000.
Iddin terserempak dengan kakak selebriti itu dan terus tuntut hutang…
Terbaru, Iddin dalam satu perkongsian di TikTok menunjukkan dirinya menuntut hutang dengan kakak seleberiti berkenaan. Dia terserempak dengan kakak selebriti itu yang kemudian cuba ‘melarikan diri’ sambil berkata Iddin seperti budak-budak kerana buat kecoh di tempat umum.
Bahkan keadaan huru-hara itu dirakam secara siaran langsung juga oleh founder terbabit agar orang ramai dapat melihat wajah ‘puak’ selebriti wanita yang enggan membayar hutangnya tersebut.
@iddinsyah.esw02 ALANG2 TERSEREMPAK, MMG AKU AKAN BUAT KERING TANYA DUIT AKU RM150k AKU… #EswFounder #Esw #rm150k ♬ original sound – IDDIN SYAH FOUNDER ESW