Dr M nafi terima derma UKSB, ‘Kalau ada orang bagi duit kat saya tunjuklah’

Dr M nafi terima derma UKSB, ‘Kalau ada orang bagi duit kat saya tunjuklah’

Dr M nafi terima derma UKSB, ‘Kalau ada orang bagi duit kat saya tunjuklah’

Selepas Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan dan bekas setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan menafikan menerima sumbangan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), kini Dr Mahathir Mohamad pula tampil berbuat demikian.

Ahli Parlimen Langkawi itu sedia memberi sepenuhnya kerjasama kepada pihak berkuasa jika dipanggil memberikan keterangan.

“Saya tak terima (wang seperti didakwa). Kalau dia boleh bukti, tunjukkan bukti, nak cakap (terima duit) senang.

“Kalau ada orang bagi duit kat (pada) saya tunjuklah, siapa yang bagi, kerana saya tidak pernah terima duit itu,” katanya menurut Harian Metro.

Dr M nafi terima derma UKSB, ‘Kalau ada orang bagi duit kat saya tunjuklah’

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat pihak berkuasa berhubung isu itu.

“Saya bersedia dan tunjukkan bukti yang saya ada (duit). (Sebelum ini) Banyak tuduhan yang dibuat kepada saya kononnya saya kaya ada (duit) berbilion ringgit simpan di Switzerland dan Taiwan.

“Kita tunjuk bukti Najib (Razak) ada pegang duit (kerana) ada cek yang dia tandatangan dan ada akaun bank. Pergilah cari akaun bank saya, tiada masalah,” katanya.

Hari ini, pada perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi, bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan, 47, mendakwa bekas pengerusi Bersatu itu menerima sumbangan RM2.6 juta daripada syarikatnya.

Tan berkata, sumbangan itu untuk kegunaan Bersatu diberikan menerusi anak saudara Mahathir, Rahmat Abu Bakar.

Saksi pendakwaan ke-17 itu turut memberi keterangan bahawa Shahril menerima sejumlah RM1.162 juta seperti dinyatakan dalam lejar dan Ong menerima RM920,000.

Bekas menteri pengangkutan Chan Kong Choy turut dinamakan Tan menerima RM7.8 juta daripada UKSB.

Tan sebelum ini mendedahkan bayaran dibuat kepada “menteri, ahli politik, dan penjawat awam” dan beliau menyimpan lejar bayaran antara 2014 dan 2018 dalam fail lembaran hamparan di komputer ribanya.

Antara individu dinamakannya sebagai penerima wang secara langsung atau menerusi proksi ialah Muhyiddin Yassin, bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal, bekas menteri luar Anifah Aman, bekas menteri dalam negeri Hishammuddin Hussein, dan bekas timbalan menteri luar Reezal Merican Naina Merican.

Individu terbabit telah mengeluarkan kenyataan media bulan lalu menafikan menerima wang daripada UKSB.

Baca Lagi:

Najib tanya Tun M, boleh saya mula gelar kamu penyamun, perompak atau pencuri?

Tun M dedah perang dunia ketiga bakal terjadi jika ini yang berlaku

PANAS!! Tun Mahathir mahu Malaysia tuntut balik Singapura dan Kepulauan Riau

CATEGORIES