PANAS!! Tun Mahathir mahu Malaysia tuntut balik Singapura dan Kepulauan Riau

PANAS!! Tun Mahathir mahu Malaysia tuntut balik Singapura dan Kepulauan Riau

PANAS!! Tun Mahathir mahu Malaysia tuntut balik Singapura dan Kepulauan Riau.

Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Singapura dan kepulauan Riau sepatutnya dikembalikan kepada Malaysia sebagai kerana wilayah terbabit adalah sebahagian daripada tanah Melayu, lapor Yahoo News Malaysia.

Bercakap di hadapan penonton yang hadir ke acara Aku Melayu: Survival Bermula yang bertajuk Melayu dan Kelangsungan Bangsa, Tun Mahathir berkata, “Kita seharusnya menuntut bukan sahaja Pedra Branca, atau Pulau Batu Puteh, dikembalikan kepada kita, sebaliknya kita juga harus menuntut supaya Singapura dan kepulauan Riau dikembalikan kepada Malaysia sebagai tanah Melayu.”

Tambah Tun Mahathir lagi, sejarah membuktikan bahawa tanah Melayu terbentang dari Isthmus of Kra di selatan Thailand hingga ke Kepulauan Riau.

“Tetapi hari ini, kita hanya tinggal semenanjung… Saya tertanya-tanya sama ada kita akan terus memiliki semenanjung ini. Saya bimbang masa depan orang Melayu, adakah tanah semenanjung itu juga akan dimiliki oleh pihak lain,” katanya lagi sambil menambah bahawa orang Melayu miskin dan mereka yang miskin tidak boleh menegakkan hak mereka.

“Ramai orang Melayu tidak sedar bahawa negara mereka yang dahulunya besar menjadi kecil. Dan negara kecil ini pun mereka akan rugi kerana miskin,” katanya lagi.

Pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menganugerahkan Pedra Branca kepada Singapura. Malaysia memohon semakan penghakiman pada 2017 tetapi menarik balik permohonan semakan itu setahun kemudian selepas Tun Mahathir menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Singapura adalah tanah Melayu, kata pendakwah Indonesia selepas dilarang masuk ke negara itu.

Baca lagi: 

Detik terakhir banduan hukuman gantung sampai mati buat warden menangis

Sesiapa yang cuba untuk withdraw (keluarkan negeri) dari Malaysia itu adalah satu jenayah – Tun M

Terlalu gementar pengantin lelaki sampai tersasul menyebut ”RM500 juta, tunai”

CATEGORIES