Wanita dijaga atuk sejak kecil, bila nak kahwin mak ayah datang minta semua duit hantaran, siap suruh nikah lepas bakal suami dapat kerja kerajaan

Photo of author

By Joe

Wanita dijaga atuk sejak kecil, bila nak kahwin mak ayah datang minta semua duit hantaran, siap suruh nikah lepas bakal suami dapat kerja kerajaan. Permintaan dan rancangan yang dibuat oleh ibu bapa bakal pengantin ini membuatkan dia berasa kecewa dan buntu memikirkan tentang majlis perkahwinannya.

Walaupun sudah berpesan supaya tidak meletakkan jumlah hantaran tinggi kepada bakal suami, namun ibu bapanya tidak mempedulikan permintaannya itu.

Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi setelah bertunang pada Ogos lalu.

Wanita dijaga atuk sejak kecil, bila nak kahwin mak ayah datang minta semua duit hantaran, siap suruh nikah lepas bakal suami dapat kerja kerajaan

“Sehari sebelum bertunang saya dah pesan dekat mak ayah jangan letak hantaran mahal-mahal sangat. Maksimum RM13,000 sahaja. Itu pun dah termasuk hantaran dan mas kahwin.
“Lepas tu masa pihak (wakil) lelaki datang, mereka letak hantaran sahaja dah RM15,000 tak termasuk mas kahwin dan barang kemas. Kiranya masa sarung cincin tu saya masih tak tahu.
“Sampai la jurugambar tegur tunang cakap kau kena kerja lebih sikit la. Saya pun macam eh kenapa mereka (mak ayah) letak berapa hantaran? Lepas tu dia beritahu, saya macam tak percaya,” luahnya dalam hantaran di grup Facebook Tips Persiapan Kahwin.

Gadis itu cuba mendapatkan penjelasan daripada ibu bapanya mengenai rasional penetapan nilai hantaran yang tinggi.

Menurut ibu bapanya, semua duit hantaran perlu diberikan kepada mereka untuk digunakan sebagai belanja mengadakan majlis perkahwinannya nanti.

“Mereka kata duit itulah nak buat kenduri apa semua nanti, lepas tu samakan waktu mereka kahwin dulu duit hantaran semua bagi mak ayah. Saya tak tinggal dengan mereka. Saya tinggal dengan datuk dari kecil tapi bila bab urusan kahwin mereka macam nak susahkan.
“Pihak lelaki nak cepatkan akad nikah. Mak saya cakap tunggu dia dapat kerja kerajaan dulu baru nikah. Majlis tunang pun ayah dia (pihak lelaki) bagi duit untuk buat majlis.
“Saya malu sangat dengan keluarga pihak lelaki. Letak hantaran mahal tapi keluarga saya layan dia tak macam keluarga dia (lelaki) layan (baik) saya,” ujarnya sambil menambah ibu bapanya tetap berkeras mahu mengambil semua duit hantaran.

Luahnya, dia kini buntu mengenangkan sikap ibu bapanya kerana faham kewangan bakal suaminya yang dikatakan kerja ‘biasa-biasa’.

Malah, disebabkan tiada persefahaman antara bakal pengantin perempuan dengan ibu bapa membuatkan hubungan mereka menjadi dingin.

Walaupun tiada sebarang rungutan atau aduan diterima daripada pihak lelaki, wanita ini tetap malu dengan apa telah berlaku sewaktu majlis pertunangan.

Hantaran yang dibuat turut meraih perhatian netizen yang bersimpati dengan nasibnya.

Rata-ratanya turut memberikan cadangan serta nasihat kepada bakal pengantin supaya lebih bertegas mengenai wang hantaran tersebut.

Wanita dijaga atuk sejak kecil, bila nak kahwin mak ayah datang minta semua duit hantaran, siap suruh nikah lepas bakal suami dapat kerja kerajaan

“Saya baca pun malu. Kenapalah nak tetapkan menantu tu dapat kerja kerajaan baru berkahwin. Alahai mak ayah pun.
“Entahlah awak, bab-bab duit ni memang kadang-kadang mak ayah jadi buta. Salah satunya lebih kepada nak bercerita dekat kawan-kawan je sebenarnya.
“Tolong jangan bagi duit hantaran tu dekat mak ayah awak. Yang tu duit awak sendiri. Hak awak dan hadiah perkahwinan,” kata netizen.
Baca Lagi:
Dalam senyap-senyap Tok Ti bina sekolah Afwa Al Aafiyah di Gaza untuk anak Palestin yang ramai tak tahu
Pekerja Starbuck yang sokong Palestin akan dikenakan tindakan
Misteri langit berwarna hijau di Sungai Besar akhirnya terbongkar, rupanya…