Dapat gaji RM1,000, hantar ke kampung RM1,000. Macam mana dia nak makan?, rupanya ini tip rahsia kewangannya

Dapat gaji RM1,000, hantar ke kampung RM1,000. Macam mana dia nak makan?, rupanya ini tip rahsia kewangannya

Dapat gaji RM1,000, hantar ke kampung RM1,000. Macam mana dia nak makan?, rupanya ini tip rahsia kewangannya. Tak heran lah kalau dengar cerita mereka ini menjadi kaya bila balik ke Bangla desh. Hebat….

Minggu ini tular di media sosial gaji pemetik kubis mencecah RM11,000 sebulan di Korea Selatan. Bila dengar boleh dapat income banyak tu dengan hanya petik kobis, ramai dah terfikir nak kerja di sana.

Sebabnya, setiap orang ada impian masing-masing. Ada plan nak kahwin, nak beli rumah, nak beli phone, nak menabung, bawa mak ayah pergi Makkah dan macam-macam lagi. Betul tak?

Dapat gaji RM1,000, hantar ke kampung RM1,000. Macam mana dia nak makan?, rupanya ini tip rahsia kewangannya

Realitinya, bekerja di luar negara memerlukan keberanian kerana kita tidak kenal sesiapa dan harus mengharungi satu kehidupan baru. Pendek kata, di mana negara kita mencari rezeki itu, sudah pasti gaji yang diterima lebih tinggi berbanding dengan pendapatan yang kita dapat di negara asal.

Kalau korang teruja dengar gaji pemetik kobis ini RM11,000 sebulan, perkongsian dari seorang lelaki berasal dari Bangladesh ini mungkin buat korang lebih teruja. Sebabnya, gajinya sebagai juru pam (bahagian gas Ngv) di stesen minyak Petronas di Rawang hanya RM1000 sebulan, tetapi dia mampu hanta ke kampung jumlah yang sama. Hebat tak?

Shah Alam sudah 9 tahun cari rezeki di Malaysia. Habis, tentu korang terfikir, brader ini tak makan ke? Tak beli sesuatu untuk dirinya atau bagaimana?

Chill dulu. Brader ini nama sebenarnya Shah Alam (memang unikkan). Usia dalam awal 40-an. Sudah sembilan tahun datang dan mencari rezeki di Malaysia.

“Gaji saya satu bulan RM1,000. Dua bulan sekali, RM2000 saya hantar ke kampung untuk persekolahan anak-anak dan keperluan untuk keluarga,” katanya .

Habis tak makan? “Saya makan, dua kali sehari. Masak sendiri di rumah,” katanya.

Mana ambil duit bayar beli lauk?

“Satu bulan, saya dapat duit extra lebih kurang RM300 hasil lebihan dari orang ramai yang mengisi gas. Sebagai contoh, kalau bayaran mengisi gas mereka RM8.90, pelanggan bayar RM9.
“Biasanya mereka tak ambil baki. Hari-hari kerja, bila dikumpul-kumpul, dapatlah dalam RM300. Duit itulah saya gunakan untuk belanja makan minum semua,” katanya yang agak ramah.

So no wonderlahkan kenapa Shah Alam boleh hidup dengan RM300 sahaja sebulan. Lain orang lain belanjanya dan bagi Shah Alam itu sudah cukup buatnya. Gajinya bulat-bulat dihantar kepada keluarga di Bangladesh.

Alhamdulillahkan, sikap pemurah rakyat Malaysia ini sebenarnya memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik untuk sebuah keluarga yang sangat memerlukan. Kata Shah Alam, dia bekerja 26 hari dalam sebulan dan hanya cuti 4 hari sahaja. Kerjanya pun 8 jam sehari.

Kata Shah Alam, Malaysia bagus..Kalau RM1000 di sini, di Bangladesh bagaimana kiraannya?

“Lebih kurang 20,000 taka. Duit banyak itu cukup untuk perbelanjaan dua bulan. Kalau saya kerja di Bangladesh, gajinya tak banyak begini. Hidup pun agak susah. Sebab itu saya datang ke Malaysia. Semua orang di Malaysia bagus dan baik,” katanya mengukir senyuman.

So korang, boleh tak faham dalam situasi di sini. Kalau Shah Alam masih tinggal di Bangladesh, dia perlu kerja keras untuk dapatkan duit sebanyak itu. Tapi di sini, kerja sebulan tapi boleh hidup untuk dua bulan. Kata orang 2 in 1.

Sebab itulah ramai yang suka berhijrah ke negara yang janjikan pendapatan lebih baik dari apa yang mereka peroleh di kampung halaman mereka.

Baca Lagi:
Dua pemimpin DAP terima gelaran Datuk ketika jadi wakil rakyat akan dikenakan tindakan
Isteri kerap menangis lepas mak datang duduk sekali, rupanya ini yang berlaku
Misteri langit berwarna hijau di Sungai Besar akhirnya terbongkar, rupanya…
CATEGORIES