Dakwaan rogol bukan satu kesalahan dan jenayah, ‘Hari Rogol Kebangsaan’ tular di TikTok

Photo of author

By Joe

Dakwaan rogol bukan satu kesalahan dan jenayah, ‘Hari Rogol Kebangsaan’ tular di TikTok. Dakwaan kononnya rogol bukan menjadi satu kesalahan dan jenayah itu dibenarkan selama sehari, tular lagi dalam media sosial pada tahun ini.

Bagaimanapun, pasukan penyelidik menafikan dakwaan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai berita palsu.

Dilaporkan, dakwaan yang sama pernah dinafikan oleh sekumpulan pemeriksa fakta dua tahun lalu.

Dakwaan rogol bukan satu kesalahan dan jenayah, 'Hari Rogol Kebangsaan' tular di TikTok

Dakwaan kononnya sekumpulan lelaki mengisytiharkan tarikh 24 April sebagai `Hari Rogol Kebangsaan’ sehingga memberi kebebasan untuk melakukan keganasan seksual, tular dalam TikTok pada tahun 2021.

Hal itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Malah, ketika itu, banyak video muncul antara lain memaparkan wanita dalam ketakutan dan trauma merancang mengurung dirinya sendiri dalam bilik sepanjang hari, serta rakaman menampilkan lelaki berjanji untuk melindungi golongan itu daripada penyerang.

Namun, berita palsu itu kembali tular di platform yang sama pada tahun ini.

Badan pemerhati Media Matters for America mengakui berdepan kesukaran dan had tertentu semasa membuat penafian untuk menghentikan penyebaran berita palsu.

“Kami menggelar situasi ini sebagai dakwaan palsu yang muncul berulang kali di media sosial.

“Ini bermakna ia merupakan khabar angin yang terus timbul, tidak kira berapa kali anda sudah menafikannya.

“Malah, beberapa dakwaan palsu itu muncul semula kerana ia mempunyai kaitan dengan acara atau tarikh tertentu,” kata Laura Duclos dari MediaWise, inisiatif literasi media digital.

Ketika ditanya reaksi TikTok mengenai berita palsu itu, seorang jurucakap menegaskan `sebarang kandungan yang menggalakkan perbuatan keji itu akan dikeluarkan sekiranya ditemukan di platform itu’.

Walaupun perkataan seperti rogol disekat oleh TikTok, dengan carian itu mengalihkan pengguna ke talian bantuan dan sumber pendidikan.

Namun, beberapa rakaman video masih dapat mengelak dan gagal dikesan sepenuhnya sekiranya pengguna tidak menggunakan kata kunci yang jelas dalam hantaran mereka.

Baca Lagi:
Sebab nak ajar hormat senior, pelatih TUDM di ‘ragging’ sampai pekak telinga kiri
Modal duit raya RM50, View Chin berjaya tarik 50 ribu penonton live TikTok jadi ‘lalang’ lupa kes
CEO Yayasan Peneraju kunci mulut selepas tular dipecat