Brad Pitt kantoi atas katil bersama bekas isteri Mike Tyson, merayu agar tidak dipukul

Brad Pitt kantoi atas katil bersama bekas isteri Mike Tyson, merayu agar tidak dipukul

Brad Pitt kantoi atas katil bersama bekas isteri Mike Tyson, merayu agar tidak dipukul. Bekas juara tinju ‘heavyweight’ dunia, Mike Tyson mencetuskan kejutan apabila mendakwa terserempak dengan aktor terkenal Brad Pitt sedang berasmara dengan bekas isterinya, Robin Givens.

Lelaki berusia 56 tahun itu berkahwin dengan Robin Givens yang merupakan seorang pelakon pada 1988 tetapi perkahwinan mereka dipenuhi dengan kontroversi sebelum mereka berpisah dua tahun kemudian.

Antara skandal yang diperkatakan di media, Tyson mendakwa bahawa bekas isterinya berada di atas katil bersama Brad Pitt ketika dijumpai.

Brad Pitt kantoi atas katil bersama bekas isteri Mike Tyson, merayu agar tidak dipukul

Semasa penampilan di ‘In Depth with Graham Bensinger’, bekas juara heavyweight itu mendedahkan segala-galanya mengenai dakwaan kejadian itu.

“Saya akan…anda sepatutnya melihat wajahnya apabila dia melihat saya. Saya akan bercerai tetapi setiap hari saya akan pergi ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks dengannya.
“Suatu hari, saya rasa Brad Pitt sampai ke sana lebih awal daripada saya,” katanya.

Dalam memoir Tyson pada 2013, Undisputed Truth, dia menulis tentang skandal yang didakwa itu menyatakan bintang Hollywood itu merayu untuk tidak memukulnya.

Givens telah memberikan pendapatnya kepada dakwaan bekas suaminya ketika dia muncul dalam rancangan What Happens Live with Andy Cohen.

Dia bagaimanapun menafikan dirinya tertangkap di atas katil bersama Pitt tetapi mengakui bahawa dia dikesan bersama Pitt dalam kereta di tepi jalan oleh Tyson.

Baca Lagi:
Langgar kawanan angsa, enjin pesawat terbakar di udara
300 keping duit syiling perak lama berusia 1,000 tahun dijumpai di tanah perkuburan jadi tanda tanya
Rupanya ini sebab kenapa Sanusi takut dengan majlis rumah terbuka
CATEGORIES