Jersi baharu Manchester United dikecam seperti sisik ular

Jersi baharu Manchester United dikecam seperti sisik ular

Jersi baharu Manchester United dikecam seperti sisik ular. Jersi baharu Manchester United untuk aksi di tempat sendiri musim 2023-24 dilaporkan bocor di media sosial semalam namun mendapat reaksi hambar daripada penyokong Red Devils.

Seorang penyokong yang kecewa dengan corak terbaru itu berkata: “Apa yang telah kami lakukan sehingga mendapat jersi seteruk ini selepas bertahun-tahun?”

Jersi merah itu mempunyai corak ganjil seperti sisik ular, kolar bentuk V berserta gabungan putih dan hitam selain tertera logo baharu adidas dan penaja TeamViewer dan logo ikonik United di depan jersi.

Jersi baharu Manchester United dikecam seperti sisik ular

Seorang lagi penyokong dalam ciapan di Twitter menujukan kata-katanya kepada adidas supaya memberikan mereka jersi yang lebih baik musim depan.

Pengeluar pakaian sukan terkenal itu membalas: “Tidak lama lagi,” denga emoji berjabat tangan.

Namun, kebanyakan penyokong tidak tertarik dengan jersi baharu itu dan berharap ia tidak menjadi kenyataan.

“Anda perlu menjadikan ia lebih baik jika foto yang tersebar itu adalah jersi sebenar,” kata seorang daripada mereka.

Menurut seorang lagi: “Ia adalah jersi terburuk saya pernah lihat,” manakala yang lain menyamakannya seperti tisu tandas dan ada yang mahu menangis jika ia memang jersi sebenar United.

Ada juga komen yang memerli jersi itu: “Adakah jersi ini untuk kejohanan kanak-kanak? Bawah 12 tahun mereka corak jersi dan mereka adalah pemenang.”

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang suka dengan jersi itu.

“Sangat kemas, lebih baik daripada jersi tahun ini,” menurut komen seorang penyokong manakala ada yang memujinya cantik dan menarik dipandang.

Baca Lagi:
Langgar kawanan angsa, enjin pesawat terbakar di udara
Warganet tanya, boleh ke rakyat biasa kahwin dengan anak raja?, tak sangka ini respon Permaisuri Agong
Rupanya ini sebab kenapa Sanusi takut dengan majlis rumah terbuka
CATEGORIES