Haram Ibu bapa belanja guna duit raya anak, kecuali keadaan ‘terdesak’ tapi harus diganti semula

Haram Ibu bapa belanja guna duit raya anak, kecuali keadaan ‘terdesak’ tapi harus diganti semula

Haram Ibu bapa belanja guna duit raya anak, kecuali keadaan ‘terdesak’ tapi harus diganti semula. Haram hukumnya sekali gus satu perbuatan berdosa sekiranya menggunakan duit raya yang diterima anak-anak bagi perbelanjaan peribadi.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, bagaimanapun jika dalam keadaan terdesak, ibu bapa boleh menggunakan wang tersebut, namun perlu menggantikannya semula.

Haram Ibu bapa belanja guna duit raya anak, kecuali keadaan 'terdesak' tapi harus diganti semula

“Banyak berlaku dalam masyarakat, contohnya duit raya budak-budak dapat banyak. Abang long dapat RM260, adik ‘ngoh’ dapat RM170, adik bongsu pula RM400 dalam sehari. Kalau dah sampai enam hari raya, beratus-ratus dapat.
“Kemudian ambil pula duit anak untuk belanja, jadi hukumnya haram. Ramai orang buat dosa ini. Beli ‘spoiler’ (lampu kereta) atau bayar cukai motosikal,” katanya menerusi satu video ceramah.

Beliau berkata, sekiranya mereka benar-benar terdesak untuk menggunakan duit raya anak, ia wajib dibayar semula kepada mereka.

“Boleh guna, pinjam sekejap ketika terdesak. Contohnya orang datang nak potong api sebab tak bayar elektrik RM80 tiada duit dah. Kalau tak bayar, mudarat kepada anak itu juga. Jadi boleh pinjam duit anak kejap untuk bayar bil serta wajib bayar balik,” tegasnya.

Baca Lagi:
‘Macam baru lepas kena serang Zombie pekan Seremban’
Langgar kawanan angsa, enjin pesawat terbakar di udara
17 perkara yang kita boleh belajar dari PM Anwar dalam aktiviti kehidupan harian
CATEGORIES