Rupanya ini sebab kenapa Sanusi takut dengan majlis rumah terbuka

Rupanya ini sebab kenapa Sanusi takut dengan majlis rumah terbuka

Rupanya ini sebab kenapa Sanusi takut dengan majlis rumah terbuka. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyelar kritikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap penganjuran Rumah Terbuka Malaysia MADANI sempena Aidilfitri di enam negeri.

Puad berkata kenyataan Muhammad Sanusi itu menunjukkan pemimpin berkenaan berada dalam situasi tidak selesa apabila majlis berkenaan diadakan.

Rupanya ini sebab kenapa Sanusi takut dengan majlis rumah terbuka

“Sanusi takut. Apa yang tidak wajarnya? Buat rumah terbuka ke akar umbi lagi wajar. Biar rakyat di negeri lain merasa. Tidaklah daripada dulu sampai sekarang (penduduk) Putrajaya sahaja merasa.
“Dia kata itu kempen. Tujuan rumah terbuka ialah PR (perhubungan awam). Iaitu meluaskan PR kita dengan orang ramai, jiran, kenalan rapat dan saudara mara. Semua orang boleh datang.
“Sebab itu semua wakil rakyat dan MB (menteri besar) buat open house (rumah terbuka). Memang ada sedikit unsur politik dan kempen. Sambil menyelam sambil minum air. Apa salahnya.
“Sanusi pun boleh tumpang semangkuk. Dia boleh berdiri sebelah PM (perdana menteri) daripada pagi sampai petang. Dia boleh bersalam dengan semua pengunjung. Lagi ramai datang lagi bagus,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menuduh penganjuran majlis rumah terbuka anjuran Kerajaan Persekutuan akan bermula pada 29 April ini sebagai kempen PRN.

Katanya, langkah mengadakan majlis secara besar-besaran itu dilihat bertentangan dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini memberikan mesej mengenai keperluan untuk menjimatkan perbelanjaan.

Beliau berkata, sambutan rumah terbuka itu sepatutnya diadakan hanya di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya seperti kelaziman kerajaan sebelum ini.

Selain Kedah, Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri akan turut diadakan di lima negeri lain iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Mohd Puad berkata, sekiranya benar mahu berjimat, Muhamad Sanusi tidak seharusnya terlebih dahulu membuat sebarang penganjuran rumah terbuka.

“Lagi pun mungkin orang yang sama akan hadir. Itu pembaziran. Sepatutnya Sanusi fokus tujuan rumah terbuka. Bermaaf-maafan dan kemeriahan.

“Kita mahu rakyat gembira. Sebab itu dapat cuti tambahan dan tol percuma empat hari,” katanya.

Muhammad Sanusi sebelum ini dijadualkan akan mengadakan rumah terbuka di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah pada 27 April ini.

Baca Lagi:
Macam dalam tv, pencuri pecahkan dinding tandas kedai curi 436 buah IPhone bernilai RM2.2 juta
Jumpa hantu malam raya, guard mengigil ketakutan akhirnya pengsan
Gorila Bua Noi paling sepi di dunia, dikurung dalam pusat beli-belah selama 3 dekad
CATEGORIES