Lelaki ini buat eksperimen pelik, makan ayam mentah setiap hari sebab nak tahu apa akan jadi

Photo of author

By Joe

Lelaki ini buat eksperimen pelik, makan ayam mentah setiap hari sebab nak tahu apa akan jadi. Umum mengetahui bahawa ayam tidak boleh dimakan secara mentah kerana jika ia dimakan tanpa dimasak terlebih dahulu, ia boleh menyebabkan anda sakit perut sebab berkemungkinan besar ia tercemar dengan kuman.

Namun, bagi seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat ini pula, dia telah bertindak berani makan ayam mentah setiap hari kerana ingin mengetahui kesan makan ayam yang tidak dimasak itu.

Lelaki yang dikenali sebagai John itu telah berkongsikan pengalamannya makan ayam mentah itu menerusi Instagram rawchickenexperiment.

Lelaki ini buat eksperimen pelik, makan ayam mentah setiap hari sebab nak tahu apa akan jadi

Difahamkan, John mencabar dirinya untuk makan ayam mentah itu selama 100 hari berturut-turut atau sehingga dia sakit perut.

Namun, ketika artikel ini ditulis, John kini berada di hari ke-29 dan setakat ini, perutnya masih okay, tidak sakit atau menghidap keracunan makanan meskipun sudah makan ayam mentah selama hampir sebulan.

Dalam vide-video yang dikongsikan di Instagram, dapat dilihat dia merakam dirinya memakan ayam mentah itu.

Tindakannya itu telah menjadi perhatian ramai kerana perbuatan itu belum pernah dibuat orang sebelum ini.

Dia turut menasihati orang ramai agar tidak meniru perbuatannya itu. Dia juga mengingatkan warganet agar tidak mencuba aksi itu di rumah.

Pelik-pelik content orang zaman sekarang ni…

Baca Lagi:
Peguam dedah punca anak muda muflis awal buat ramai buka mata
“Dunia ini ladang ujian”- Saya jaga suami hilang ingatan selepas kemalangan, lepas suami sihat, dia suruh saya cari lelaki lain
Majlis perkahwinan pasangan ini curi tumpuan dunia, belanja habis RM140 juta