Beratur penduduk kampung mahu jual tanah setelah dapat tahu harga cecah hampir RM3 juta

Beratur penduduk kampung mahu jual tanah setelah dapat tahu harga cecah hampir RM3 juta

Beratur penduduk kampung mahu jual tanah setelah dapat tahu harga cecah hampir RM3 juta. Penduduk di daerah Bener, Indonesia dilaporkan bakal menjadi jutawan setelah menerima pulangan wang tunai bernilai Rp 9 bilion (RM2.7 juta) apabila menjual tanah milik mereka lapor Kompas.com.

Dalam laporan tersebut, seorang penduduk yang berasal dari Kampung Wadas di daerah Bener wilayah Purworejo berkata bahawa dia pada awalnya menolak tawaran untuk menjual tanah miliknya.

Walau bagaimanapun, dia kemudiannya mengubah fikiran dan bersetuju untuk menjual aset tersebut untuk dijadikan kawasan empangan ekoran harga yang ditawarkan agak lumayan.

Beratur penduduk kampung mahu jual tanah setelah dapat tahu harga cecah hampir RM3 juta

“Sekarang kami sudah mempunyai perjanjian, hanya tunggu pengesahan. Insya Allah akan menerima sekitar RM2.7 juta.

“Dulu saya pernah menolak tawaran tersebut bahkan mengikuti protes bersama penduduk Wadas namun sekarang saya bersetuju. Perancangan saya seterusnya adalah untuk membeli tanah di kawasan lain,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang penduduk kampung itu juga yang berusia 45 tahun turut merancang untuk melakukan ibadah Haji setelah mendapat wang jualan tanah tersebut.

“Langkah yang saya lakukan bertujuan untuk memudahkan urusan pendaftaran Haji agar lebih cepat pergi,” katanya.

Tambahnya, dia merancang untuk membawa ibu, suami dan keluarganya untuk segera berpindah kerana mereka sudah tidak selesa dengan keadaan kampung.

Bagaimanapun, masih terdapat penduduk kampung yang menolak tawaran tersebut sehingga kini dengan sejumlah 35 bidang tanah masih belum diventori dan dikenalpasti.

Ketua BPN Purwejo, Andri berkata bahawa 617 bidang tanah yang disasarkan untuk projek bagi pembinaan empangan Bener.

Tambah Andri, sebanyak 213 bidang tanah sudah menerima wang hasil persetujuan bersama pemilik tanah.

“Sebanyak 213 bidang tanah dalam perbincangan dan telah mencapai kata sepakat yang hanya menunggu proses pengesahan. Semoga urusan ganti rugi wang itu bakal diterima akhir Oktober ini.” katanya.

Baca Lagi:
Hari terakhir aku kerja bos bagi gaji RM127 je, padahal gaji aku RM1200 sebulan, bila di tanya jawapan bos buat aku terduduk..
Akhirnya terungkai bau busuk di parkir hotel terbesar di tengah bandar Kota Bharu
Pemuda dedah Syarikat air Kelantan beri ‘sagu hati raya’ RM10,000 setiap ahli lembaga pengarah AKSB
CATEGORIES