Akhirnya terungkai bau busuk di parkir hotel terbesar di tengah bandar Kota Bharu

Akhirnya terungkai bau busuk di parkir hotel terbesar di tengah bandar Kota Bharu

Akhirnya terungkai bau busuk di parkir hotel terbesar di tengah bandar Kota Bharu. Bau busuk seperti bangkai di sekitar kawasan sebuah hotel di Jalan Pengkalan Chepa di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di kawasan parkir di ruang bawah tanah bangunan tersebut hari ini.

Mayat lelaki yang berpakaian lengkap itu dijumpai di kawasan takungan air hujan setinggi lebih 0.3 meter di parkir hotel berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Seorang kakitangan hotel terbabit yang enggan dikenali berkata, dia terhidu bau busuk semasa menjalankan pemantauan di bangunan tersebut sebelum melihat kelibat manusia terbaring di kawasan parkir bawah tanah yang dipenuhi takungan air hujan.

Akhirnya terungkai bau busuk di parkir hotel terbesar di tengah bandar Kota Bharu

Difahamkan, hotel berkenaan tidak beroperasi sejak tiga tahun lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dijangka akan memulakan semula operasinya tidak lama lagi.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, sepasukan anggota polis membawa keluar mayat mangsa dari kawasan berkenaan pada pukul 6.20 petang tadi.

Sebelum itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu turut melakukan proses menyedut air di kawasan tempat letak kenderaan itu kira-kira pukul 3 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Baca Lagi:
Pemuda dedah Syarikat air Kelantan beri ‘sagu hati raya’ RM10,000 setiap ahli lembaga pengarah AKSB
Update terbaharu WhatsApp, kini boleh edit mesej dalam tempoh 15 minit
Untuk rakyat Malaysia, janganlah kahwin di Thailand kalau tidak mahu jadi macam ini
CATEGORIES