Cubaan bunuh diri, remaja perempuan cerita terdengar bisikan halus buat ramai meremang

Cubaan bunuh diri, remaja perempuan cerita terdengar bisikan halus buat ramai meremang

Cubaan bunuh diri, remaja perempuan cerita terdengar bisikan halus buat ramai meremang. Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan dipercayai cuba membunuh diri dengan memanjat tangki air setinggi enam meter di sebuah asrama kebajikan di Kampung Durian Daun Dalam di sini, hari ini.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I (KUP), Khairudin Atan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.13 petang dan sepasukan 13 anggota dikejarkan ke lokasi bersama-sama sebuah jentera.

Katanya, setiba di lokasi terdapat seorang remaja perempuan berusia 16 tahun telah memanjat tangki air pada ketinggian enam meter.

Cubaan bunuh diri, remaja perempuan cerita terdengar bisikan halus buat ramai meremang

“Remaja itu bagaimanapun berjaya dipujuk dalam masa lima minit dan dibawa turun dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa merupakan pelajar baharu di asrama tersebut dan sedang mengalami kemurungan.

“Guru asrama memaklumkan mangsa mengalami kemurungan melampau dan mendakwa terdengar bisikan-bisikan halus sebelum bertindak memanjat tangki air berkenaan,” katanya.

Baca Lagi:
Hari terakhir aku kerja bos bagi gaji RM127 je, padahal gaji aku RM1200 sebulan, bila di tanya jawapan bos buat aku terduduk..
Akhirnya terungkai bau busuk di parkir hotel terbesar di tengah bandar Kota Bharu
Pemuda dedah Syarikat air Kelantan beri ‘sagu hati raya’ RM10,000 setiap ahli lembaga pengarah AKSB
CATEGORIES