Pemuda dedah Syarikat air Kelantan beri ‘sagu hati raya’ RM10,000 setiap ahli lembaga pengarah AKSB

Pemuda dedah Syarikat air Kelantan beri ‘sagu hati raya’ RM10,000 setiap ahli lembaga pengarah AKSB

Pemuda dedah Syarikat air Kelantan beri ‘sagu hati raya’ RM10,000 setiap ahli lembaga pengarah AKSB. Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan kerajaan negeri digesa tampil memberi penjelasan berhubung pemberian “sagu hati hari raya” yang dikeluarkan buat ahli lembaga pengarah syarikat terbabit.

Ahli Majlis Pimpinan PKR Kelantan Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata syarikat induk pengendali belakan air itu perlu memberi pengesahan sama ada salinan notis yang tular itu sahih atau sebaliknya.

Jika ia benar dan maklumat tersebut sahih, katanya, bermakna tiada langkah positif diambil pihak kerajaan negeri ekoran kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man ketika timbalan presiden PAS itu menjadi menteri sebeluym ini.

Pemuda dedah Syarikat air Kelantan beri 'sagu hati raya' RM10,000 setiap ahli lembaga pengarah AKSB

Suatu ketika dulu tambah Rosli, Tuan Ibrahim dianggap menjadi asas perubahan pentadbiran AKSB dalam usaha mereka membaiki perkhidmatan bekalan air di Kelantyan.

“Kita menggesa AKSB mengesahkan adakah surat tersebut sahih dan menjelaskan rasional pemberian sagu hati itu, sama ada sepadan dengan pencapaian serta sasaran syarikat terbabit membekalkan air bersih kepada seluruh rakyat Kelantan,” katanya dalam kenyataan media kepada Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini sudah mengemukakan soalan kepada AKSB untuk mendapatkan reaksi berhubung dakwaan berkenaan dan sedang menunggu kenyataan mereka.

Semalam seorang individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain mendedahkan salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian Aidilfitri pada tahun ini.

Notis tersebut antara lain memaklumkan AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah AKSB, manakala semua kakitangan syarikat menerima bayaran RM200.

Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000.

Melalui hantaran di Facebook, pendedahan Wan Mahussin itu setakat ini dikongsi lebih 600 pengguna selain turut tular di aplikasi kumpulan WhatsApp.

Ia didedahkan kira-kira dua minggu selepas media melaporkan bagaimana Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah ohd Yusoff dituduh mencuri air dari pili bomba untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Siti Zailah sudah menafikan tuduhan tersebut, dan seorang kontraktor dikenakan kompaun RM100 selepas dia mengaku salah mengambil air dari pili bomba tanpa izin di Rantau Panjang.

Sementara itu Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Utiliti Kelantan, Azami Mohd Nor, ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tiada komen. Biarlah benda dah viral (tular) nak buat macam mana,” katanya ringkas.

Baca Lagi:
Untuk rakyat Malaysia, janganlah kahwin di Thailand kalau tidak mahu jadi macam ini
MB Selangor dedah takungan air di empangan Selangor mampu bertahan selama 4 bulan tanpa hujan
Tertinggi dalam sejarah Malaysia, bidaan nombor plat ‘FF’ berjumlah RM34.2 juta
CATEGORIES