“Baru betul orang kaya tak kedekut”- Netizen puji Aliff Syukri jual durian RM8 sekilo. Baru-baru ini, akaun konten makanan popular, klfoodie, telah memuat naik perkongsian mengenai usahawan yang terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, yang menjual durian dengan harga serendah RM8 sekilogram.
Menurut perkongsian tersebut, usahawan ini mengadakan jualan durian pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat bermula jam 12 tengah hari di pejabatnya di Kota Damansara sehingga durian habis terjual.
Selain durian kampung, Datuk Seri Aliff Syukri juga menjual durian Musang King dengan harga RM28 sekilo dan Blackthorn dengan harga RM30 sekilo.
Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen, di mana ada yang memuji sikap pemurah usahawan tersebut walaupun beliau sering menjadi kontroversi.
Terdapat juga yang menyatakan bahawa Aliff banyak memberi sumbangan kepada masyarakat dan kerap melakukan sedekah, walaupun ibunya sendiri tidak memahami tingkah lakunya.
View this post on Instagram