“Orang Batu Kurau panggil ‘Kedai Mat Sabu'”- Kedai runcit buka 365 hari tanpa tutup, duit syiling 4 tingkat jadi tarikan orang ramai

Photo of author

By Joe

“Orang Batu Kurau panggil ‘Kedai Mat Sabu'”- Kedai runcit buka 365 hari tanpa tutup, duit syiling 4 tingkat jadi tarikan orang ramai. Baru-baru ini, sebuah kedai runcit yang terkenal di Batu Kurau, Perak, menjadi viral kerana konsepnya yang tidak mengunci pintu dan memiliki rak duit syiling setinggi 4 tingkat yang menarik perhatian ramai.

Menurut video yang dimuat naik oleh @hazwanhfiz di platform X, kelihatan bahawa keadaan di dalam kedai runcit tersebut sangat teratur.

Kedai tersebut diketahui beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Ini bermakna, kedai tersebut tidak pernah ditutup dan sentiasa terbuka tanpa dikunci.

"Orang Batu Kurau panggil 'Kedai Mat Sabu'"- Kedai runcit buka 365 hari tanpa tutup, duit syiling 4 tingkat jadi tarikan orang ramai

Bukan itu sahaja, yang lebih menarik perhatian ialah terdapat rak duit syiling setinggi empat tingkat yang dikatakan nilainya hampir mencapai RM100,000.

“Orang Batu Kurau panggil ‘Kedai Mat Sabu’. Masuk kedai runcit dia, mata lebih tertarik dengan rak duit syiling 4 tingkat di tepi meja.

“Dulu duit syiling diletakkan dalam bakul raga saja. Tuan kedai pesan siapa yang boleh angkat bakul duit syiling ni, boleh bawa balik.

Sekarang ini sudah menjadi empat tingkat.

“Ada orang bertanya, tak takut kena rompak dengan duit banyak-banyak tu?

Silakan cuba rompak kalau anda berani. Kalau tersilap, mungkin tidak akan keluar kedai.

Tuan kedai bukan orang biasa,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki mengeluh duit gaji tinggal RM50 selepas beli superbike BMW
“Suami aku tak pernah solat, bila ditegur katanya kubur masing-masing”
“Dulu diatas pentas yang penuh gah, sekarang dibawah rumah je”