Jangan main letak je dalam ‘Freezer’! Ini cara betul simpan daging korban yang akan kekal tahan lama dan segar

Photo of author

By Joe

Jangan main letak je dalam ‘Freezer’! Ini cara betul simpan daging korban yang akan kekal tahan lama dan segar. Banyak yang mendapat daging korban, dan mereka biasanya memasukkannya ke dalam freezer untuk disimpan lebih lama.

Namun, ada cara yang betul untuk melakukannya. Mari saya kongsikan tip untuk memastikan daging yang disimpan dapat kekal segar dan tahan lama dalam freezer.

Dengan tip ini, bukan sahaja daging korban yang anda perolehi dapat disimpan lebih lama, tetapi juga kesegarannya boleh dikekalkan walaupun telah disimpan dalam freezer untuk jangka masa yang panjang. Berikut adalah cara-cara yang boleh diikuti.

Jangan main letak je dalam 'Freezer'! Ini cara betul simpan daging korban yang akan kekal tahan lama dan segar

1. Asingkan Daging

Asingkan daging mengikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, bahagian dalaman (seperti perut, hati, limpa, paru), dan daging cincang. Bekalkan bekas berisi tulang sahaja untuk membuat sup, sementara yang lain kekal di dalam freezer.

2. Jangan cuci daging korban terus.

Mencuci dengan air paip boleh membenarkan kuman masuk dan tinggal di dalam daging, yang boleh merosakkan kualiti daging tersebut. Cuci daging hanya sebelum hendak dimasak.

3. Jangan simpan semua daging dalam satu bekas.

Jika anda mendapat banyak daging, elakkan daripada menyimpan keseluruhan 2-4 kg daging dalam freezer. Cara yang betul adalah dengan memotong daging kepada saiz yang lebih kecil, kemudian simpan dalam plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Apabila hendak masak, ambil satu plastik kecil sahaja dan biarkan yang lain terus beku dalam freezer. InsyaAllah, daging yang disimpan dalam keadaan beku boleh tahan lebih dari 1 tahun.

4. Jangan simpan daging terus dalam freezer.

Sebelum dimasukkan ke dalam freezer, simpan daging dalam peti ais biasa selama 4-5 jam untuk sejuk. Selepas itu, baru masukkan ke dalam freezer.

5. Jangan mencairkan daging beku dengan air panas.

Jika hendak memasak daging beku, jangan menggunakan air panas untuk mencairkannya.

Cara yang betul ialah letakkan daging beku di bawah air paip suhu biasa (dalam keadaan masih terbungkus dalam plastik). Apabila daging sudah lembut semula, buka plastik, cuci bersih daging, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

6. Simpan daging dengan bahan perapan supaya lebih berperisa.

Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit.

Ia kerana bahan perapan bersifat antibakteria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.

Tips Tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal.

Semoga bermanfaat.

Baca Lagi:
Maut selepas di rukiah, mayat kanak-kanak mereput atas katil
“Lama sangat salam jual beli, lembu sempat lari dulu”
Petugas ibadah korban terkejut jumpa 2 janin dalam perut lembu jantan