“Tunjuk hebat sangat kan dah mendapat”, Video Honda kuning masuk parit raih perhatian gara-gara lelaki ini gelak besar

Photo of author

By Joe

“Tunjuk hebat sangat kan dah mendapat”, Video Honda kuning masuk parit raih perhatian gara-gara lelaki ini gelak besar. “Alamak bang, salah parkir. Itu parit. Kan dah menyusahkan orang lain,” itulah reaksi netizen setelah menonton rakaman video dari papan pemuka (dashcam) yang viral di media sosial hari ini.

Rakaman tersebut menunjukkan sebuah kereta berwarna kuning memecut laju selepas keluar dari simpang, namun 20 saat kemudian, kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki terbabas masuk ke dalam parit semasa melalui jalan kampung.

Rakaman yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Shafie Ahmat, hari ini, kejadian itu berlaku sekitar pukul 8.44 pagi di Kuala Lesong menuju ke Felda Teloi Timur, Kedah.

"Tunjuk hebat sangat kan dah mendapat", Video Honda kuning masuk parit raih perhatian gara-gara lelaki ini gelak besar

“Jalan kampung jangan dok ‘drift’ sangat bang. Padan muka,” seloroh Shafie dalam kapsyen video tersebut.

Membaca komen-komen yang diberikan, orang ramai memberikan pelbagai reaksi selain mengecam tindakan pemandu tersebut kerana kejadian tersebut tidak hanya membahayakan dirinya sendiri, tetapi juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“‘Drift’ tak sesuai, niat nak tunjuk kereta power, sekali sendiri kena. Nasib malang,” kata Badrul Hisham.

“Jalan tu lurus je. Tak payah la nak ‘drift’, jalan kampung tu, dahlah 10 tahun ulang-alik, macam-macam hal jumpa,” kata Dyla Ahmad.

“Kalau kemalangan sendiri, nasib baik. Kalau melibatkan orang lain, jadi susah,” tegur Ahmad Ahlami.

Baca Lagi:
Tolong sedar diri! Ini 4 jenis kereta bayaran bulanan rendah untuk golongan B40
Hanya sepucuk surat ‘ini’, wanita dapat pampasan RM191,530.50 selepas dipaksa berhenti kerja
Lelaki mengeluh duit gaji tinggal RM50 selepas beli superbike BMW