Gitaris tersohor Man Kidal diisytihar muflis

Gitaris tersohor Man Kidal diisytihar muflis

Gitaris tersohor Man Kidal diisytihar muflis. Pemain gitar terkenal, Man Kidal berdepan ujian lagi apabila diisytiharkan muflis minggu lalu kerana kegagalan membayar pinjaman kereta.

Man ketika ditemui berkata, perkara ini baru diketahui dan ia membuatkan dirinya panik kerana akan menjayakan Konsert Kolaboraci Three To Rock di Jakarta, Indonesia pada 25 November ini.

“Memang tak sangka ia akan berlaku. Untuk itu, saya kena buat surat kepada pihak berkenaan menyatakan komitmen akan bayar setiap bulan seperti yang ditetapkan.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri dan saya kena reda. Memang ujian saya bertimpa-timpa. Sebelum ini saya dijangkiti Covid-19, isteri menjalani pembedahan dan kemudian bergelar asnaf.

“Rasanya tahun depan saya malu nak ambil bantuan sebagai asnaf. Alhamdulillah, keadaan dah okey. Saya tak sepatutnya ambil lagi,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Kolaboraci Three To Rock di Hard Rock Cafe, semalam.

Gitaris tersohor Man Kidal diisytihar muflis

Konsert anjuran Aci Gold itu menggabungkan rockers dari Indonesia, Malaysia dan Singapura yang akan berkongsi pentas di SMESCO Convention Hall, Jakarta,

Man Kidal yang juga anggota Search dan Lefthanded, Lola (dram – XPDC) dan Cliff Umar (penyanyi – Project Pistol) akan mewakili Malaysia dalam konsert ini.

Pada masa sama, dia bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki menerusi persembahan dan konsert.

“Kumpulan Search pun bantu saya dengan persembahan sebelum ini. Dapatlah ‘cover’ balik sikit demi sikit. Persembahan lain pun dah makin banyak sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Man dan Nash serta kumpulan Lefthanded akan beraksi dalam Konsert Jelajah Rasa Ramli Sarip di Zepp KL, Sabtu ini.

“Lefthanded ‘membeli’ konsert ini dari Datuk Ramli, namun tetap menampilkan dia sebagai artis utama, manakala kami akan beraksi dengan empat lagu.

“Ia sebagai penghormatan terhadap jasa beliau kepada kami selama ini. Pembabitan Lefthanded dalam penganjuran Konsert Jelajah Rasa juga untuk profil kami.

“Tahun depan kami pula akan buat konsert jelajah dan akan bawa bersama Ramli dalam persembahan,” katanya.

Baca Lagi:
Ramai yang belum tahu kisah pengakhiran wanita tercantik pada zaman dinasti Firaun 5000 tahun dahulu
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
Pelanggan minta nasi lemak lauk macam-macam, tapi mahu bayar 50sen je.. Akhirnya ini yang terjadi kepada penjual nasi lemak
CATEGORIES