Apa agenda Qatar sebenarnya?

Apa agenda Qatar sebenarnya?

Apa agenda Qatar sebenarnya?.

1. Qatar sebenarnya sedang mengajar Arab Saudi dan negara teluk, bagaimana dengan kemakmuran, kekayaan dan kemajuan yang ada pada mereka, ianya boleh dimanfaatkan untuk agama Islam.

2. Walaupun Qatar tidak mempunyai Kaabah dan menerima kehadiran umat Islam berduyun duyun setiap hari seperti Arab Saudi, Qatar sedang mengajar negara Islam mesti berpegang teguh dengan identiti islam sebenar. Tidak melupakan budaya dan adat Arab itu sendiri. Bendera LGBT tidak boleh dikibarkan antara ketegasan mereka apalagi mengadaptasi budaya luar seperti pesta hantu.

3. Qatar mahu mengajar kita bahawa dakwah Islam tetap boleh diselit dalam apa agenda walau di dalam sukan sekalipun. Hal sebegini tidak pernah difikirkan pun oleh mana mana negara Islam. Ianya akan menjadi contoh bagi negara Islam lain yang akan menjadi tuan rumah World Cup selepas ini.

Apa agenda Qatar sebenarnya?

4. Qatar juga sedang mengajar negara Islam, bagaimana cara memanfaatkan pendakwah hebat seperti Dr. Zakir Naik di saat saat peluang keemasan sebegini sehingga berupaya mengislamkan penonton yang pada mulanya hanya mahu menonton bola sepak.

5. Sedikit sebanyak Qatar yang pernah memberi perlindungan kepada Al-Marhum Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, pasti terkesan pada sentuhan dakwah tokoh hebat tersebut semasa hidupnya.

6. Qatar juga sedang menampilkan contoh, bagaimana pemerintah mereka sentiasa menjadikan dakwah Islam sebagai agenda utama tanpa perlu menyinggung penganut agama lain.

7. Kalau Qatar tidak menang bola sepak sekalipun, Qatar sudah menang dalam peranannya untuk berdakwah dan memberi contoh terbaik diantara negara Islam yang berlumba lumba untuk mencapai kemajuan material tetapi mengabaikan agenda kerohanian Islam.

Baca Lagi:
Anwar singgah makan tengahari di Medan Selera Presint 8, Putrajaya
Perbezaan antara 2 pemimpin, Najib ucap tahniah kepada Anwar, Hadi ucap terima kasih rakyat
Remaja perempuan 11 tahun dicabul lelaki topi merah dalam lif di Putrajaya
CATEGORIES