Remaja perempuan 11 tahun dicabul lelaki topi merah dalam lif di Putrajaya

Remaja perempuan 11 tahun dicabul lelaki topi merah dalam lif di Putrajaya

Remaja perempuan 11 tahun dicabul lelaki topi merah dalam lif di Putrajaya. Mohon sesiapa yang ada maklumat leporkan pada polis agar lelaki topi merah ni kena tangkap cepat! Geram betul rasanya bila lihat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan telah dicabul seorang lelaki ketika berada dalam lif di Putrajaya.

Kejadian ini dikongsikan seorang pengguna Twitter @narshAli di mana mangsa yang merupakan anak saudara kepada kawannya ketika itu baru sahaja pulang dari membeli ubat dan telah diraba dan dicium ketika berada dalam lif bersama pelaku.

Kejadian berlaku di Presint 5, Putrajaya

Remaja perempuan 11 tahun dicabul lelaki topi merah dalam lif di Putrajaya

Salam semua, nak minta tolong retweet. Cari mamat ni sampai jumpa. Anak buah kawan kena. Mangsa kena sexual assault dalam lif dengan laki topi merah ni.

Rakaman CCTV turut dikongsi dan suspek dapat dilihat memakai baju berwarna hitam bersama topi merah masuk ke dalam lif bersama mangsa. Seorang pekerja kedai di bawah apartment turut memaklumkan ada nampak pelaku melarikan diri menaiki sebuah kereta selepas kejadian.

Netizen cuba jelaskan wajah suspek

Baca Lagi:
Anwar ulang tidak ambil gaji PM
PM beri bayangan calon TPM dari BN, GPS
Usul undi percaya di Parlimen 19 Disember uji keabsahan Kerajaan Perpaduan – PM
CATEGORIES