Anwar Ibrahim tak jadi PM

Anwar Ibrahim tak jadi PM

Anwar Ibrahim tak jadi PM.

1. Anwar dan penyokong-penyokong PH tidak henti-henti tuduh saya tidak tepati janji untuk serah jawatan PM kepadanya.

2. Selain itu, tak habis-habis salahkan saya kerana tak bincang letak jawatan.

3. Saya nak terang sekali lagi, peletakan jawatan oleh saya tidak menyebab jatuhnya Kerajaan PH. Dan jika Kerajaan PH tidak jatuh maka ia boleh sahaja namakan Anwar ganti saya.

Anwar Ibrahim tak jadi PM

4. Contohnya di United Kingdom, negara yang sistem Westminsternya kita ikuti, apabila PMnya letak jawatan, parti yang memerintah tentukan siapa yang harus ganti.

5. Liz Truss baru-baru ini tidak bincang dengan pemimpin lain untuk letak jawatan. Dia letak jawatan apabila merasa tidak dapat sokongan. Begitu juga yang saya lakukan.

6. Bezanya, Parti Konservatif masih menjadi Kerajaan walaupun Theresa May, Boris Johnson, Liz Truss letak jawatan. Sekarang Rishi Sunak jadi PM Kerajaan Konservatif.

7. Yang menjatuh Kerajaan PH ialah Mahiaddin, Hamzah dan Azmin yang menarik keluar ramai ahli mereka dari PH sehingga hilang majoriti dan jatuh.

8. Jadi salahkan Azmin, Hamzah dan Mahiaddin dan pengikut mereka yang terlibat dengan Langkah Sheraton yang menyebabkan Anwar tidak dapat jadi PM.

9. Anwar juga bersalah kerana ia membuat Azmin dan beberapa ahli-ahli Parlimen PKR bersekongkol dengan Mahiaddin.

10. Jangan asyik nak salahkan saya

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 November 2022

Baca Lagi:
Mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat
Adik kandung ‘mengamuk’ abang dijamin keluarga kes dadah
Syamsul Yusof tunjuk cara bijak guna duit, bukan main saham nak jadi kaya
CATEGORIES