Aksi lelaki panjat pagar jiran buat ramai bersangka buruk, rupanya dia berniat baik

Aksi lelaki panjat pagar jiran buat ramai bersangka buruk, rupanya dia berniat baik

Aksi lelaki panjat pagar jiran buat ramai bersangka buruk, rupanya dia berniat baik. Rezeki datangnya dalam pelbagai bentuk dan cara.

Selain kemewahan wang ringgit atau makanan, memiliki jiran yang baik juga dikira sebagai satu rezeki.

Pastinya memiliki jiran baik mampu membuatkan hidup kita berasa lebih tenang, aman serta selamat ketika berada di rumah atau di luar rumah.

Sebagaimana dikongsikan oleh seorang pelayar di TikTok, Littlemonster316 menunjukkan tindakan seorang lelaki yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediamannya.

Lelaki itu yang dilihat memanjat pagar tanpa meminta izin lalu masuk ke sebuah rumah dipercayai merupakan jiran kepada individu berkenaan.

Aksi lelaki panjat pagar jiran buat ramai bersangka buruk, rupanya dia berniat baik

Walaupun bahagian permulaan video menunjukkan perbuatan lelaki memakai baju berwarna merah jambu itu meragukan, akhir rakaman itu menunjukkan ‘adegan’ menyentuh hati ramai.

Jirannya itu hanya mahu mengalihkan ampaian pakaian bagi mengelakkan pakaian dijemur daripada terkena hujan.

Sebaik mengalihkan ampaian ke tempat yang redup, lelaki ini memanjat semula pagar untuk kembali ke rumahnya.

Rakaman berdurasi 38 saat ini dipercayai dirakam menerusi CCTV rumah individu yang berkongsi video ini di media sosial.

Video ini tular dan mendapat perhatian ramai warganet.

Semakan mStar, mendapati rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut yang bersikap prihatin terhadap jirannya.

Sebilangan besar menyangka lelaki tersebut mahu mencuri sesuatu memandangkan aksi memanjat pagar itu kelihatan mencurigakan.

Namun, mereka rasa bersalah mengesyaki perkara tidak baik dan memuji tindakan lelaki tersebut.

@littlemonster316grateful 🙏 🥲

♬ เสียงต้นฉบับ – Little Mo

“Sampai ke sudah aku tengok ingatkan dia nak curi ke apa. Rupanya nak alihkan kain sebab hujan. Untung dapat jiran prihatin macam ni”, ujar netizen tersebut di ruangan komen.

Ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan jiran yang tidak mempunyai sikap prihatin.

“Jiran sebelah aku hari-hari si mak gaduh dengan anak dia. Jenis berperang mulut sampai terjerit-jerit pukul 1 pagi. Lepas tu pukul 7 pagi dia buka set karaoke.

“Jiran saya suka parkir dekat rumah orang. Pantang nampak orang tak ada di rumah, semua angkut sedara mara park depan rumah, depan jalan rumah. Nasib tak masuk dalam je. Bila tegur, buat muka”, kongsi warga maya mengenai jiran mereka.

Sikap prihatin lelaki dalam video tersebut wajar dijadikan dicontohi oleh orang ramai yang hidup berjiran.

Setelah video tersebut tersebar luas sehingga meraih lebih 10 juta jumlah tontonan, pemilik asal tampil menjelaskan keadaan.

Aksi lelaki panjat pagar jiran buat ramai bersangka buruk, rupanya dia berniat baik

Katanya, lelaki tersebut merupakan tukang kayu yang bekerja di rumah jirannya sahaja.

“Hai semua, saya nak jelaskan di sini. Dia bukan jiran saya.

“Dia merupakan tukang kayu jiran saya. Saya kagum dengan kebaikan dia lakukan,” jelasnya mengenai kapsyen ‘bersyukur’ ditulis pada video itu.

Baca Lagi:
Kisah pegawai bank curi 1 sen setiap hari sehingga jadi jutawan
Bermacam ujian dilakukan, Belgian Malinois anjing paling bijak di dunia
Kabinet Sabah dijangka sekali lagi dirombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *